Sabtu, 2 November 2019

,

Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan

Sejak baca cerita Tan Sri Rashid Hussain membina sebuah masjid baru menggunakan kekayaan yang dimilikinya, aku teringin benar nak pergi. Melalui bacaan di google ini adalah masjid ketiga yang dibina beliau. Masjid pertama ialah Masjid Aishah di Pulau Langkawi, dan masjid kedua di Seremban 2 iaitu Masjid Hussain. Beliau juga berhasrat untuk dikebumikan di masjid ini nanti...semoga Allah merahmati beliau sekeluarga.

Akhirnya tercapai juga hasrat nak pergi.. dapatlah solat asar di situ. Kami pergi hari Sabtu jadi memang sangat ramai orang. Siap ada 2 bas pelancong datang. Dan ada 3 pasangan pengantin sedang bergambar.

Hasil S7


















Bayangkan masa terawih dan solat Jumaat berapa ramai yang memenuhkan ruang saf.

Tingkat bawah memang khas untuk lelaki sahaja.


Aqeel mahu dilepaskan sebab dia sangat suka berjalan2 dalam masjid yang sangat2 luas.


Punyalah malas nak cerahkan gambar. Tapi memang dah gelap nak hujan masa ni. 







May fav


Tempat wudhuk lelaki memang banyak




Gambar ni je enhance lightning




Hasil S10+ tak banyak sebab bateri tinggal 3%. Tak bawa cable 5C so tak dapat caj HP. Kita juga tak suka bawak power bank sebab berat. Sesal jugak la..

Masa naik tempat solat wanita ni baru tahu ada tempat ambik wudhuk. Sebenarnya kalau ikut lagi satu laluan ada lift. Puas cari tak jumpa. Dah naik baru nampak laluan tu dihujung kanan. Aku naik ikut kiri. Dahla bawak Aqeel sebab abah dia nak kena jaga Aqlan. Ruang solat wanita ni ditingkat 3 ya. Tingkat 2 ada ruang khas tak ingat apa memang berkunci la.

Hasil S10+

Dari tingkat atas ruang solat wanita.


Last pic selepas solat. Masa ni Aqeel dah tah ke mana2. Risau juga sebab dia suka nak pusing2 dan pegang2 barang orang. Semua nak buat main. Kalau tak kamera nak off memang ambil banyak gambar atas ni. ok ada alasan datang lagi next time tapi bukan hanya untuk bergambar. Sharing keindahan hati pembuat masjid. 

,

Hard Word Cafe, Seremban 2

Lepas jalan2 beli barang kat Sakaa Nilai 3, dah lapar nak makan. Laki kata kita akan makan dalam hutan. Aku pun macam ye ye kan je. Sekali memang dalam hutan sikitlah.. takdela menakutkan. Dan kami ni adalah pelanggan kedua terakhir kot..sebelum restoran ditutup.

Siapa yang tak terliur tengok masakan nisimilan

Interior


Rumah mak kita pun ada ni







Sup ikan merah paling mahal la..
Lemak Nangka
Lemak Otak Lembu
Lemak Itik
Lemak Daging

Nasi 4. 1 RM2.80 beras panjang..elok sangat sedap tapi memang tak cukup hahaha..
Jus mangga pekat
Teh O ais
Lepas tu laki tambah bawak balik petai jeruk
Semua sekali RM78++

Sudu lagi sedap dari sup ikan ke?

Habiskan..jangan membazir..semua sangat sedap..nak datang makan lagi. Syukur ada sup ikan merah budak2 boleh makan sebab makanan lain semua pedas2. Laki pun suka sangat sebab ada masakan otak. 





Exterior

Pandangan dari luar tingkap tempat kami makan

Siapa nak kawen 2 terus boleh guna pelamin ni...hahaha, kata laki..






Depan pintu masuk cafe



My fav pic bawah pokok doa

Aqeel dan sudu berpisah tiada

Ibu, can I have a picture in here please? Jaket pemberian kawan kami. Anak2 dia semua dah besar. Jaket fav Aqlan pun dah boleh bagi Aqeel la.

Aqlan can take picture with stone froggy? Abah dia paksa bergambar. Muka dia takut2. Haha.




Sakaa Nilai 3

Selepas zuhur baru keluar rumah. Lagi senang tak perlu fikir nak henti di mana2 untuk solat. Juga boleh rasa tenang sikit. Plan hari ni nak ke Masjid Sri Sendayan. Jadi sebelum sampai kami ke Nilai 3 dulu. Pusing2 cari kedai Sakaa sebab nak beli pinggan Luminarc. Pinggan ni ringan so laki approved. Pinggan berat2 dia tak suka. Sebelum ni dah beli 2, nak tambah 2 keping lagi so cukup sorang satu haha. Kami sekeluarga hanya 4 orang. Ada rezeki lebih boleh la beli..

Aqeel kami bagi dia jalan2 dalam ni. Tapi disebabkan banyak kaca, abah dia masukkan dalam troli tarik tangan tu. Adoi nasib budak tu masih kecil. Aku pulak bebas la kejap untuk shopping. Yeay.

Puas memusing akhirnya beli 2 pinggan Luminarc. 4 bekas ceramic untuk buat cup cake, 1 tin loyang 4 segi untuk buat kek, 4 sudu sup Melamin dan pemukul lalat. Geramnya aku dengan lalat hoiiii..laki mula2 tak suka shape dia berbentuk daun. Aku nak jugak sebab lebar dan tak hazard. Takkan beli yang elektrik tu macam raket badminton tu la. Laki beli apa aku tak tengok. Dah balik rumah baru tahu dia beli sponge dan toy untuk anak2. Kat sini takde spatula yang aku nak. So nak ke Daiso la nanti2. Spatula dah patah masa bancuh kek buah. Hahaha...






Kalau ikut hati lagi lama aku nak menuding dalam ni tapi bahaya la. Mujur boleh bayar pakai kad. Laki sayang cash. Susah oiii nak pergi ATM pun bercinta.

Ada ATM sebelah kiri tandas
 
Next time nak buat kek buah dalam tin 4 segi sebab macam ada permintaan..Insya Allah diizinkan boleh la buat jual..nak kena kira kos la balik.