Sejak baca cerita Tan Sri Rashid Hussain membina sebuah masjid baru menggunakan kekayaan yang dimilikinya, aku teringin benar nak pergi. Melalui bacaan di google ini adalah masjid ketiga yang dibina beliau. Masjid pertama ialah Masjid Aishah di Pulau Langkawi, dan masjid kedua di Seremban 2 iaitu Masjid Hussain. Beliau juga berhasrat untuk dikebumikan di masjid ini nanti...semoga Allah merahmati beliau sekeluarga.
Akhirnya tercapai juga hasrat nak pergi.. dapatlah solat asar di situ. Kami pergi hari Sabtu jadi memang sangat ramai orang. Siap ada 2 bas pelancong datang. Dan ada 3 pasangan pengantin sedang bergambar.
Hasil S7
|
Bayangkan masa terawih dan solat Jumaat berapa ramai yang memenuhkan ruang saf. |
|
Tingkat bawah memang khas untuk lelaki sahaja. |
|
Aqeel mahu dilepaskan sebab dia sangat suka berjalan2 dalam masjid yang sangat2 luas. |
|
Punyalah malas nak cerahkan gambar. Tapi memang dah gelap nak hujan masa ni. |
|
May fav |
|
Tempat wudhuk lelaki memang banyak |
|
Gambar ni je enhance lightning |
Hasil S10+ tak banyak sebab bateri tinggal 3%. Tak bawa cable 5C so tak dapat caj HP. Kita juga tak suka bawak power bank sebab berat. Sesal jugak la..
Masa naik tempat solat wanita ni baru tahu ada tempat ambik wudhuk. Sebenarnya kalau ikut lagi satu laluan ada lift. Puas cari tak jumpa. Dah naik baru nampak laluan tu dihujung kanan. Aku naik ikut kiri. Dahla bawak Aqeel sebab abah dia nak kena jaga Aqlan. Ruang solat wanita ni ditingkat 3 ya. Tingkat 2 ada ruang khas tak ingat apa memang berkunci la.
Hasil S10+
|
Dari tingkat atas ruang solat wanita. |
|
Last pic selepas solat. Masa ni Aqeel dah tah ke mana2. Risau juga sebab dia suka nak pusing2 dan pegang2 barang orang. Semua nak buat main. Kalau tak kamera nak off memang ambil banyak gambar atas ni. ok ada alasan datang lagi next time tapi bukan hanya untuk bergambar. Sharing keindahan hati pembuat masjid. |
SA masih belum berkesempatan ke sini..insyaallah dalam masa terdekat ni nak singgah
BalasPadamPergi petang2 SA..redup je
Padamchantek kan masjid sendayan nih.,
BalasPadamwak siap tdo noon nap kat atas carpet tuuuh., hehehe
Karpet tebal kan..layan la ek wak..
PadamCantiknya binaan masjid ni. Suka tengok masjid putih macam ni. Nanti bolehlah lalu dan singgah solat kat sini.
BalasPadamMasjid ni bukan kaler putih..nanti datang boleh tengok warna sebenarnya.
BalasPadam