Sabtu, 2 November 2019

Sakaa Nilai 3

Selepas zuhur baru keluar rumah. Lagi senang tak perlu fikir nak henti di mana2 untuk solat. Juga boleh rasa tenang sikit. Plan hari ni nak ke Masjid Sri Sendayan. Jadi sebelum sampai kami ke Nilai 3 dulu. Pusing2 cari kedai Sakaa sebab nak beli pinggan Luminarc. Pinggan ni ringan so laki approved. Pinggan berat2 dia tak suka. Sebelum ni dah beli 2, nak tambah 2 keping lagi so cukup sorang satu haha. Kami sekeluarga hanya 4 orang. Ada rezeki lebih boleh la beli..

Aqeel kami bagi dia jalan2 dalam ni. Tapi disebabkan banyak kaca, abah dia masukkan dalam troli tarik tangan tu. Adoi nasib budak tu masih kecil. Aku pulak bebas la kejap untuk shopping. Yeay.

Puas memusing akhirnya beli 2 pinggan Luminarc. 4 bekas ceramic untuk buat cup cake, 1 tin loyang 4 segi untuk buat kek, 4 sudu sup Melamin dan pemukul lalat. Geramnya aku dengan lalat hoiiii..laki mula2 tak suka shape dia berbentuk daun. Aku nak jugak sebab lebar dan tak hazard. Takkan beli yang elektrik tu macam raket badminton tu la. Laki beli apa aku tak tengok. Dah balik rumah baru tahu dia beli sponge dan toy untuk anak2. Kat sini takde spatula yang aku nak. So nak ke Daiso la nanti2. Spatula dah patah masa bancuh kek buah. Hahaha...






Kalau ikut hati lagi lama aku nak menuding dalam ni tapi bahaya la. Mujur boleh bayar pakai kad. Laki sayang cash. Susah oiii nak pergi ATM pun bercinta.

Ada ATM sebelah kiri tandas
 
Next time nak buat kek buah dalam tin 4 segi sebab macam ada permintaan..Insya Allah diizinkan boleh la buat jual..nak kena kira kos la balik. 



0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.