Tuesday, November 6, 2012

Sakit

semalam mc. pagi2 je perut dah rasa sebu. tapi masih gagah ke office, ke site office. jumpa doktor, ambil ubat dan balik. ubat dapat sampai 5 jenis. demam, angin, sakit perut, antibiotik & tahan sakit. ke Giant beli 100 plus dan roti. 100 plus sampai sekarang belum minum2 lagi

sampai rumah terus tukar baju dan tidur. menggigil2. demam panas berpeluh2. berkubang dalam selimut sampai demam kebah. tambah hujan lagila nak tidur je.

dah malam rasa ok sikit nak tengok TV. zcat datang ajak pergi makan bubur. makan di PapaRich. lepas makan, muntah semuanya. elok2 je lepas telan ubat. jadi entahla kalau ubat termuntah sekali.

hari ni pergi kerja tapi dah tak mampu ke site office. bersiaran dari HQ sudah. rasa macam berada di awangan. mabuk kepayang. sudahnya mangga yang aku bedal.

sakit; samada ujian atau peringatan dari Allah. 
Previous Post
Next Post

About Author

7 comments:

  1. Semoga segera sembuh sepenuhnya kakcik doakan.

    ReplyDelete
  2. Sama. Bab muntah tu yang tak tahan. Sakit urat perut. Lembik badan.

    ReplyDelete
  3. ujiannyer mmebuatkan kita lebih bersyukurkan... moga dipermudahkan olehNya..

    ReplyDelete
  4. anggap itu sebagai ujian ye...take care

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.