Jumaat, 26 Oktober 2012

Aidiladha 1433H

khamis hujan lebat lepas balik kerja. balik rumah, tumpangkan Fahada. tunggu hujan reda baru hantar dia balik Sg. Besi. zcat pula call tak bagi balik Bangi sebab banjir di tol Sg Besi? aku tak tau tapi lepas hujan lebat berhenti aku pun hantar Fahada dan menuju ke Uniten ambik anak buah, Ema. masa tu dha jam 10 malam.

sampai Kajang lepas seksyen 4, ada sikit lopak besar, kata Ana, banjir di bawah jambatan komuter UKM. kereta tak boleh lalu. air paras pinggang. aku tawakal je sebab itu sejam yang lalu.

sampai dengan selamat. langgar lopak2 dengan jaya..dalam masa yang sama ngeri jugak kot2 ada lubang yang dalam..

pagi raya ke Masjid UKM. sakan bergambar di kolej lama, ke fakulti dan terkenang sikit2 time belajar di dalam dewan kuliah. Ana, dia budak gigi, jadi manala pernah belajar di kampus Bangi. tahu jelan Tun Syed Nasir di Titiwangsa, kemudian Plaza Rah di Kg. Baru. okay..itulah cerita pagi di UKM.

lepas balik, tengok Fairuz & family datang ziarah. makan2 dan kemudian ziarah rumah sepupu di Seksyen 4, Abang Ali - anak buah Bapak. lepas zuhur ke rumah Fairuz. lepak sampai jam 6. kemudian balik. hujan lebat. sesat walaupun guna GPS. sebab aku keliru. hahahaha.

ukm

dulu namanya FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGANN
tempat lepak lepas sejam dengar kuliah. dulu ada mesin pembuat kopi dan minuman tin
kalau malas, naik lif untuk jumpa lecturer, untuk rebut kelas, untuk jumpa admin akaun. selalu aku rebut bilik komputer. ya aku tak mampu beli komputer langsung pada masa itu

bilik photostat 5 sen sekeping

kat sini dulu nama terpampang untuk kelas2 yang berjaya didaftarkan

6 ulasan:

  1. Amboiiii sesi lawatan sekolah plak ya. Tempat dating dulu, tak snap sekali ker? hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tempat dating dulu? oppsss! tak pernah dating sesama UKM la...

      Padam
  2. ko mengimbas kenangan universiti...selamat hari raya aidiladha beb

    BalasPadam
    Balasan
    1. harusss..anak buah nak tahu berapa jauh aku jalan kaki dari kolej kediaman ke fakulti. hamik ko 30minit setiap kali pergi...bagi diorang insaf sikit sebab diorang tu semua dah senang..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.