meruncing jadinya. mana taknya kalau hampir 1 juta orang terjejas. semalam aku baca kenyataan rasmi dari laman web Puspel. katanya hari ni fix. paip pecah akibat hujan lebat. yah masa hujan lebat tiada siapa nak tadah air hujan dari atap rumah macam dulu2.
rumah kami tiada air di pagi hari nak mandi dan gosok gigi. mujurla semalam tu - Rabu, dah cuci kain sampai 3 kali round. semuanya air lalu. air tangki memang untuk mandi dan lepaskan hajat. itupun setelah terkena krisis air masa awal tahun hari tu. kalau tak sebelum tu punca air basuh kain dari air tangki. memang habis kalau dah cuci 3 round.
semalam jam 10 malam balik ke Kinrara. sebelum tu singgah McDonald Taman Putra nak beli fresh orange. air habis...ada coke je...kira kedai makan tutupla? Kinrara memang ada air elok je.. pergi kerja keluar pagi2 sebab jauh nak ke Ampang.
hari ni dengar cerita, kat bangunan ofis ni ada pulak yang mandi dan tadah air. okey memang dah kronik. memo pun akan dikeluarkan. memastikan pengguna berjimat. adus.. kalau yang kena cirit-birit, yang period nak cuci bagai tu..aduh............ boleh MC dibuatnya Isnin ni kalau belum fix.
4-5 hari baru pulih? pitamsss..aku rela takde elektrik dari takde air. rumah korang terjejas?
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.