Selasa, 23 April 2013

Hal-Hal Nikah Kahwin Wajib Google

wah wah aku tengok seminggu dua ni popular post aku pasal kawin ajer.. loh ye time nak kawin dulu aku pun bergugel 24 jam carik hal2 pasal nikah kawin ni. 

oh banyak gila.. mungkin tak terdaya nak post satu2. aku recap sudah. hehe.. bukan apa, saja nak share dengan orang yang tengah mencari2. memang puas mata bersengkang siang malam, tengah kerja, balik kerja, hujung minggu. alhamdulillah le zcat tak pernah boring nak melayan. kerana katanya perkahwinan ni kerja kahwinnya hanya sekali. jadi mari kita sama2 rasa perjalanan menuju ke arahnya. yep..aku memang sentiasa dengan dia mencari barang kahwin. tak pernah dengan kawan. kecuali Ulfa dan Ping yang temankan aku masa nak buat ukuran baju dan memilih aksesori baju. itu memang zcat angkat tangan.

yang wajib dicari;-

  1. tempat kursus nikah - dekat dengan tempat tinggal. takyahla nak kursus sampai kat kampung halaman padahal kerja kat KL. jimatka cuti. tapi masa aku kursus ada yang datang dari Melaka sebab kat sana dah penuh, kena tunggu sebulan baru dapat tempat. timing dia kalau boleh weekend je, pastu pagi sampai petang. ada makan2. aku kat LPP. kalau bawak keta parking tu tiketnya boleh cop so dapat harga flat rate. 
  2. borang kahwin - download sudah dari website jabatan agama negeri korang nak nikah. aku download pahang dan KL. sekali KL jadi pilihan, tu je yang aku print.
  3. prosedur mengisi borang kahwin - jangan salah isi dan hantar. elakkan buat kerja 2-3 kali. cik abang isi dulu, pastu cik adik baru boleh boleh proses. kes aku? hantar kat masjid tempat tinggal untuk dapatkan kebenaran kahwin. pastu pergi jakim, takde wali terus buat wakalah, bawak wali siap2. aku bawak abang sulung aku. sebab aku dah takde datuk, pakcik sebelah bapak semua dah meninggal. sebab wakalah? abang aku ke luar negara tak dapat nikahkan aku. adik-beradik laki lain? semua duduk jauh2. pastu hantar kat jakim putrajaya sebab nak nikah kat masjid besi sana..
  4. design baju kahwin - sila pilih design yang betul dengan bentuk badan. jangan salah dan kedek. sebab anda akan dilihat oleh beribu orang pada hari tu. rajin2la baca artikel berkenaan tubuh badan. jangan perasan tegok kat majalah model cantik terus nak buat baju sama, padahal shape badan tak sama. aku ni badan pear. lebar di bawah pinggang...
  5. tempahan baju kahwin - ikut kemampuan masing2. asal mapu, asal tak mencekik dan gaduh pasal harga.
  6. aksesori pakaian - penting ni. kalau takde, ko mesti sedih. macam aku nak juga beli rantai dokoh. padahal boleh je sewa. bukan apa rantai dokoh tu evergreen. boleh suai padan dengan baju kurung biasa pun. sewa pun pastikan sesuai dengan pakaian niah/resepsi. yang penting nampak elegan.
  7. bride lingerie - silalah jangan kedekut nak beli ek. aku beli body suit dari Marks & Spencer RM169. memang boleh sorok segala macam lebihan kulit. lepas kahwin ko masih boleh pakai. nak beli spanx sampai harga RM400 takdelah aku. ikut mampu aku je...korset Cosway pun aku ada beli, pakai masa nikah. lagi satu, silalah beli pakaian dalam yang baru dan cantik untuk dipakai especially minggu2 awal kahwin..ko janganla pakai panties lubang2 atau bra yang dah loose talinya. pilih matching bra dan panties. terbaik ko. pilih gak sehelai dua sexy sleepwear.
  8. kasut - jangan terlalu sama dengan baju kahwin. jangan tinggi sangat nak jalan susah. lainla ko nak duduk jadi patung cendana atas pelamin. aku dan zcat nak jalan jumpa tetamu. so kasut aku 4 inch je kots. 5 inch tu nak pengsanla...atas karpet takpe lagi, atas simen, jalan tar..memang pancit. jadi beli skin socks ok.
  9. hiasan hantaran - aku baut sendiri itu pasal kena gugel.
  10. DIY barang hantaran - bukan semua idea boleh ditiru, tapi cuba buat kelainan, biar ringkas asal selamat, jangan serabut lepas tu susah nak angkat.
  11. selendang nikah - buat sendiri. beli kain kat Gulatis. chiffon silk terbaik. jangan kedekut. ko boleh pakai balik. veil aku beli siap sebab tak mampu nak jahit manik....aku kira kos beli kain dan tempah, lagi jimat beli kat Gulatis, cantik je manik2 dia.
  12. cara-cara memakai selendang - haha gila tricky. kalau salah memang lemas ko belit2.
  13. dewan resepsi - kalau dewan komuniti 6-12 bulan kena tempah. percayalah, lagilah ko nak kahwin time cuti sekolah..
  14. katering - buat food testing. dan tanya apa makanan percuma dia bagi. kami pergi macam2 pameran kerja kahwin. test semua. 
  15. photographer - kami ambil senior photog sebab tu mahal sikit kot? 2 majlis tu cover kena RM2800.00 dari sweetpictures.
  16. make-up artist / jurumekap perkahwinan - aku suruh Ulfa je. sorryla no lelaki..sebab aku jaga wudhuk dan aurat. kahwin ni nak dapat pahala, kalau dah sentuh2 muka bagai...pakai tudung selama ni pastu tiba2 sebab nak mekap kahwin semua, aku tak sanggup nak dedahkan. jadi ya aku takde gambar ketika dipakaikan mekap. aku bersyukur dapat jaga aurat rambut dan leher.
  17. kedai jual barang cenderahati - nak bagi banyak mana terpulang. pada aku bajet..bajet..bajet dan long lasting. sebab tu bagi tin dan mug.
  18. kedai jual barang kahwin - kedai manik, labuci, span, kain dan segala keperluan DIY. better go to Kedai Bunga Reben. puas hati.







0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.