dikala musim audit yang melanda hampir semua benda tertangguh. i mean dah lebihkan kerja permintaan juruaudit yang dilantik syarikat.
dikala musim audit dalaman dan luaran, segala mak nenek mesti diperbetulkan. maka aku teringat zaman praktikal dulu, staff audit tempat aku bekerja tu berkata, nanti dah habis belajar mohonla kerja audit dengan kitorang. aku pernah mohon, tapi aku mohon akaun eksekutif je. itu je pun yang aku ada pengalaman. dan juga dengar keluh kesah juruaudit takde kawan. tak disukai orang. kerana kerja mereka membetulkan kesalahan catatan dan catitan akaun oleh orang lain.
audit dunia - segala mak nenek kesalahan akan terbuka serta merta.
audit amalan kita - kena buat tiap2 hari sebelum tidur, jika mampu bertaubat dan minta ampun cepat2.
audit selepas mati ada 3 - waktu dicabut nyawa ditanya izrail, dalam kubur ditanya munkar & nankir, di akhirat, ditanya Allah bersaksikan anggota tubuh badan kita. dimana mulut dan lidah kelu, bisu.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.