oh memang cantik rasa 2 hari tu. terus sinar2 muka. maklum tak pernah mekap setebal ini. dulu mekap tebal untuk acara night camp di Petrosains. ala 2 putri bunian gitu takpun penunggang kuda dari cerita 3 musketeers.
i dan jurumekap yang tengah sarat nak bersalin. time tu dah 6 bulan ko.. sekarang dia dah bersalin pun. baby pun dah 2 bulan.. |
boleh hubungi cik puan ni di 012-652 1680. dia boleh mekap untuk apa2 saja acara dengan upah yang berpatutan. anda pasti gembira.
cerita pasal mekap ni memang banyak.
masa hari nikah jam 730 pagi dia sampai kat rumah kawan aku Fairuz, aku belum mandi lagi. hahaha. yelah malam tu aku berinai bagai nak tunggu kering punyalah bersengkang mata. dia makan, aku pun madi. gitu punya pengantin pun ada...siap mekap jam 930 pagi. ko aku nikah jam 10 pagi sharp ni. ha jangan main2 dengan tok kadi. terus meluru ke kereta Ann dan sampai tepat2 jam 10 pagi kat Masjid Besi. dengan hujan lebat, punyalah rahmat hari tu...ditambah lagi dengan hari dipilih iaitu 1 Muharram - senang asal anniversary je, cuti umum ko..
kisah permulaan hari resepsi pun ada sedikit geram. itu pasal timing nak datang. akulah yang paling awal sampai. orang lain semua belum sampai. my friends yang nak teman semua pun datang lain2 jadinya. lagi pulak haru, serkup yang berawning kecil tak dibawa. dalam beg plastik lain. sudahnya aku pakai serkup yang memang beli untuk resepsi tapi tak jadi - kemudian kena guna dia juga akhirnya. itulah nak jadi cerita.
aku bertolak dari rumah dengan wudhuk. sebab nak solat zuhur dulu sebelum acara masuk dewan. selang setengah jam, ulfa (panggilan nama di ofis - dia ni duduk depan meja aku je) datang dengan husband. terus mekap. wah..punyalah aku menjaga diri dari terkentut ko.
hasilnya memang berbeza dari mekap nipis biasa yang aku gunakan bila ke ofis. maklumla tengok beg mekap dan berus mekap dia je buat mata aku terjegil. gila banyak.
yang penting i berseri u olls. dan dia touch up mekap aku sampai ke petang sebelum photo shoot outdoor. touch up touch up, siap tinggalkan sponge dan cermin muka untuk aku belek2.. hehe thanks Ulfa for your komitmen. gitu dari 10 pagi sampai jam 4.30 petang. ko ada tak jurumekap yang tunggu macam tu punya lama???
gambar? nanti korek lagi. publish ni dulu. cerita sudah 5 bulan ok...
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.