Isnin, 25 Februari 2013

Mencari Dewan Resepsi - Dewan Tan Sri Abu Zahar Ujang

kembara mencari dewan ni berjalan agak lama. dari lepas raya puasa sampaila awal bulan 10. mula2 pergi area Putrajaya. katanya nak nikah di sana..penuh!.. kalau nak sepatutnya tempah 6bulan-setahun lebih awal. aiseh. planning kawin kami pun begitu cepat mana tahan tunggu setahun. hehehe. 

kemudian ke area KL. rasa mahal2.... aku dengar pun pitam. 

di tengah2 sibuk mencari dewan, seorang pakcik yang aku kenal ni offer sewa dewan di bangunan dibawah penyeliaan dia. harga RM5500. erk... tapi termasuk semua...... kecuali pelamin dan katering la. 

cari lagi dewan2 lain. semua penuh juga. in the middle of that, company Zcat nak bagi sekian2 wang untuk majlis kawin. terus call pakcik tu nak sewa bayar deposit. ah..tak sampai seminggu settle.

mama Zcat agreed with this place. yang penting ada air-cond katanya. dewan pun masih baru dan kami pasangan ke-5 yang akan menngunakan dewan tu. katering walau kena ambil dengan pilihan pihak dewan, kami tak kisah sebab sedap. sempatla mama zcat tapau untuk food testing. aku tak pergi masa food testing sebab time office hour. okayla 1 kepala caj RM15. jemputan kami 1000-1200 orang. untuk perbelanjaan dewan ni semua Zcat yang tanggung. aku tolong sikit je..

parking berbumbung dan tidak berbumbung. tandas, bilik VVIP ada 2. semua masih baru. karpet dewan pun tebal. erm...inilah dewan terbaik untuk kahwin. cuma siapa2 yang tak biasa, mesti pening nak pergi. aku sendiri pun boleh keliru. 

oh ya dewan ini terletak di tingkat 2, Menara LPP, Jalan Sultan Salahuddin Off Lebuhraya Mahameru. berdekatan dengan Bank Negara, Padang Merbok..paling senang ikut lebuhraya Mahamerula.

pentas pelamin punyalah besar. kalau buat pelamin memang better buat sepenuhnya, kalau tak nampak janggal. hal pelamin, serahkan kepada kawan kami, Izwan pemilik perniagaan Maharisi Design.















hari ni Dewan LPP baru dirasmikan. dan kawan kami Izwan, pemilik Maharisi Design telah dilantik menjadi salah sebuah syarikat panel untuk pakej perkahwinan di Menara LPP. Kini, beliau juga sudah memiliki ruang pameran sendiri di dalam Dewan LPP. Tahniah Izwan, kami gembira dia dipilih menjadi panel setelah mendekorasikan pelamin cantik untuk kami pada 18 November 2012.



Hubungi:-


Puan Sue - 0326979400 su_knblpp@yahoo.com (pembantu pengurus)

6 ulasan:

  1. Salam :)

    sewa dewan LPP ni RM5500 dewan sahaja ker? wowo
    nak contact sapa tuh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dewan, kerusi, meja, PA System, Bilik persalinan, Bilik VIP,air-cond. lump sum. catering mesti dengan panel dewan. pelamin i tak tahula sekarang macam mana pula. no contact nanti i cari balik. hehe.. dah hilang pula.

      Padam
  2. tang bendera tu memang aku geram betul...menyibuk je dekat situ. nak alihkan tak boleh ko, penat aku membebel dengan kak sue tu tapi dia pun tak boleh buat apa2.

    BalasPadam
  3. Sekarang dah RM6000, makanan pun dah lebih RM20+ per head.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow u ada pergi survey ya. Kami lepas kahwin dah tak ambil tahu lagi dah.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.