Wednesday, February 1, 2017

Terjebak Beli Kain Di Kwong Fatt Textile, Ipoh

Aku dan kain berpisah tiada..

Bila tanya mertua kedai kain apa ada di Ipoh, katanya kedai Kwong Fatt. Salah satu sebab ke kedai ni nak cari kain untuk buat telekung Mama, dia juga yang  bagi duit semua nak tempah. Siap bagi telekung contoh. Ermmm mak mertua aku ni cerewet juga tau. Jadi aku nak kena pilih kain bawak dia sekali nak warna apa. Kami jumpa warna yang sesuai tapi tak beli sebab mahal. Haha aku tahu kat Kamdar ada kain yang aku beli buat telekung jubah tu sama jenis je bila rasa rasa. Beza RM5 kot semeter.

Kemudian aku mulalah pergi kat bahagian kain reja atau remnant nak buat seluar aqlan dan blaus aku. Banyak je kain cantik2..ada diskaun 50% pulak tu..mana aku tak terjebak.


Akhir sekali beli kain untuk laki. Katanya nak beli kain buat kemeja I. Beli kain murah dulu buat test. Dalam RM10 semeter oklah tu...aku ikut je...tapi biasalah...aku mesti nak harga diskaun. Hahahaha. Jadi aku dapat beli kain RM10 semeter tapi harga asalnya RM22 semeter. Erm mana aku tak beli..ni dah jimat sebab kainnya bagus..aku ni memang suka pergi kedai kain dan rasa rasa..haha bukan lap lap ya.. staff yang layan aku tu pun bagus sangat. Dia sangat memahami aku. Gitu. Aku jenis nak kain sedap tapi harga murah. Hehe...so ada kain jeans yang cantik2 tapi nantilah...aku datang Ipoh lain kali pulak..kekekeke.


Jangan tanya aku kat celah mana. Korang kalau nak pergi Waze sudah. Aku ni cakap je nak pergi mana, Insyaallah laki akan tunaikan.

Seronok memjahit ok.
Previous Post
Next Post

About Author

4 comments:

  1. untung kan pandai jahit.syukur gifted yg menguntungkan! rasa nak pesen gini, beli je kain..zappp jahit..bestnyaaaa... anis nnt kita nak tempah telekung... tapi tak reti nak pilih kain... hehehe... eh bila g langkawi nya??? kita just nak bg tips JJCM..heheh.
    kalau baca blog suraya sulatin tu pun ok jg tuk follow. cuma kalau lunch nak cepat nasi campur byk lauk..anis p RESTOREN FATIMAH area makam mahsuri. situ lauk campur dia sedap2. then nak makan elok sikit..p dinner kat restoren WAN THAI kat area pokok asam(dekat dgn tabung haji). then kalau flite sampi or balik kena waktu lunch..pi lunch kat kedai ikan bakar dekat dgn airport.. dkt roundabout airport tu kalau dari pekan kuah..anis amek pukul 9. then terus ke depan sikit..kedai dia belah kanan... sentiasa ramai org sini..tapi meja byk dunwori. tetengahari lauk melambak2..ikan bakaq..mcm2 jenih..and paling win..air dia FOC...air batu main cedok2 sndiri. ada 4-5 jenis..minum laa byk mana nak mnum.. :). tu bab makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah info sangat..thanks ya.

      pasal telekung jubah tu jangan bombang pasal kain, i pilih yang bagus punya (tapi bersedialah dengan harganya, hihi). apapun sebab custom made, semua boleh dipilih. mula2 warna, renda...

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.