Khamis, 14 Ogos 2014

Selsema Dan Free Pizza Hut

Pagi lepas mandikan Aqlan nampak macam dia tak sihat. Bersin. Hidung tersumbat. Oh!

Patutlah dia menangis semalam. Beria menangis macam kena tinggal or kena marah.

Sms la ke orang yang patut. Pastu terus pergi HIAZ jumpa doktor pakar, Doktor Nazim. Sebab sabtu lepas cucuk 5 bulan dengan doktor ni. Senang nak cerita.

Ya Aqlan first time selsema. Kesian. Mujur la nak jumpa tu tak lama menunggu sebab sampai tepat jam 9am.

Alang2 EL kami pergi collect kad pengenalan yang dibuat Isnin lepas. Hehe. . Barulah comel. Kekekeke.

Then ke KWSP ingat nak tukar penama terus tapi saksi tak boleh sesama kami. Print statement dan update no pin untuk online jelah.

Pastu Maybank lak update buku ASW2020 aku dah 2 tahun tak tengok. Adalah dividennya walau pun sikit.

Zcat ke pejabat pos pulak tukar lesen memandu baru dan terus renew untuk 3 tahun. Tiru akulah tu. Hari tu lepas habis pantang aku ajak dia tak terfikir pulak nak tukar sekali.

Turun ke tingkat bawah gatal nak beli tudung butterfly lagi. Dapat. Betul2 depan Pizza Hut. Ada pula bagi free pizza so kami pun ambiklah.
Pizza Hut Giant Bandar Kinrara.  Kata pekerja seluruh negara bagi free pizza hari ni. 

Aku makan tiga keping sorang2 sebab Zcat puasa. Yums sedap sangat sebab panas. Pulak tu memang lapar tak makan lagi time tu.
Seronok sebab banyak benda dapat buat hari ni. Cuma kesian juga ke Aqlan kenalah ikut kami.

4 ulasan:

  1. kekadang ada masa smooth je semua planning , seronok, tp kekadang serba tak kena ada je halnya bikin sakit jiwa...pernah tak gtu?

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.