Ahad lepas kami ke AEON AU2. baru nak shopping groceries sikit, Jija cakap Aqlan berak. Aku dah agak sejak keluar dari restoran bawang kecil lagi.
Oklah aku pun pergi la tukar diapers budak ni. Punyalah banyak berak. Lama juga aku mengerjakan dia. Siap tembus lagi. Sudahnya mandi. Nasib ada bawa baju spare. Memang dah kebiasaan bawa satu baju spare kalau keluar.
Lepas dah settle kan dia aku pun letak dia dalam stroller. Aku nak basuh tangan bagai. Sekali pusing ada lagi. Basuh tangan lagi. . Sekali lagi pusing dah takde stroller tu! Ya Allah!! sentap. Segala macam ketakutan muncul. Paling aku fikir apa aku nak cakap dekat Zcat anak dia dah hilang dalam tanggungjawab aku pulak tu.
Terus aku keluar dari bilik tu cari anak. Takda handbag ke stroller ke aku tak peduli dah. Yang penting mana anak aku. Sekali elok je aku nampak Zcat tengah tolak Aqlan. Ya Allah berdebar tu tak tahulah. Gilalah aku sound ke dia. Orang2 kat situ tengok je...
Its like kalau anak ko hilang pun diorang cam buat dek. Or diorang memang ingat setiap orang yang tolak stroller tu family budak tu. So boleh je kan kalau penculik yang tenang berlakon. Bayangkan kalau bukan Zcat yang tolak anak tu. Buatnya memang orang culik anak aku.... Sakit dada aku ni..
In the end Zcat kata dia nampak aku basuh tangan. Dia buat camtu sebab dia nak aku lebih alert next time. Selalu aku tak camni. Taktaula nape hari tu aku cam terlepas pandang Aqlan.
Satu hari Zcat mengingatkan aku akan perbuatan aku tu. Yelah I salah. .. tak buat dah. ..
Sobs
#bukan senang nak dapat anak. Mesti lebih berhati-hati.
Khamis, 21 Ogos 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.