Khamis, 25 September 2014

Kereta Rosak Tiba2

Semalam balik dari ofis hujan turun dengan lebatnya. Berpayung berjalan ke monorail stesen bukit nanas.

Dah naik kereta terus la jemput anak. Tiba2 temperature naik. Zcat yang perasan. Of coz la dia yang drive.

Tak pernah macam ni kereta aku. Nasibla terjadi kat area rumah kedai. Sudahnya ke bengkel. Sampai je bengkel pertama katanya sibuklah. Zcat pelik. Cina jarang tolak pelanggan. So ke bengkel kedua. Ok cek semua. Kipas radiator rosak. Dan mak nenek yang lain tu memangla bersangkut paut je.

Sudahnya tinggalkan kereta dan pekerja bengkel tolong kami ambil Aqlan dan hantar balik rumah. Disebabkan ada perayaan kat tokong area rumah budak tu hantar setakat depan jalan masuk ke tokong je. Masa tu dahla hujan lebat. Ya Allah berpayunglah kami dengan mengangkat beg kerja beg susu bagai dan payung juga.
Terima kasih pada dia sebab tolong kami

Sempat dia tanya berapa bayar pengasuh anak. Cina bayar sampai RM1200 sebulan sekali dengan makan 

Dalam beg ada segalanya

Peniaga depan tokong tengok jelah kami. Maybe pelik. Ada keluarga Melayu duduk kawan depa. Haha dah 3 tahun aku dok sini. Akses paling senang nak ke mana2.

So hari ni tak kerjalah. Sebab tak dapat hantar Aqlan. So menjaga dia sambil kemas rumah. Feeling macam tak makan gaji dengan majikan dah.

By 12pm keta siap dibaiki. Aku tak kuasa nak pergi kerja dah. Takde istilah half day dalam ofis kami.

Zcat jelah kelam kabut ambil kereta, beli lunch makan dan bergegas ke meeting di ofis client.

Aku sambung mengemas sambil tidurkan Aqlan.

3 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.