Isnin, 15 September 2014

Suki-ya Shabu Shabu At 1Mont Kiara

First time datang sini. Jija yang ajak makan. Bayangkan sarapan takde.. lunch makan keropok lekor sementelahan Zcat mengemas bilik kami untuk persediaan anak yang tak lama lagi nak merangkak. Kerja berguling saja tak tahu bahaya atau tidak.

Jam dah nak 6 petang baru bertolak dari rumah. Perut pun dah lapar sangat. Aqlan makan puri buah fuji epal dan kurma dengan muka tak berapa lazat nak nikmat. Kesian.

Makanan disediakan ialah style steamboat. So kami order daging kambing, daging lembu dan daging ayam. Tapi nak tunggu sampai kami makan sushi salmon dulu which is agak mengecewakan sebab salmon tak cukup lembab. Macam tak fresh la.

Dan dan juga Aqlan nak susu mintalah air suam. Kemain air panas dibaginya. Jija pun pergilah toilet tolong sejukkan bawah tap water. Kesian anak mama.






Dark chocolate ice cream. Aku dapat habiskan semuanya. Percayalah ianya sangat sedap dan lambat mencair padahal makan sebelah periuk panas.

Green tea ice cream. Agak bitter sikit tapi boleh layan banyak ni jelah. Yang pasti yang dark chocolate tu sampai hari ni aku dok teringat lagi. Sedap sangat kot. 

Harganya? Semua sekali termasuk service charge 10% dan tax 6% RM138.50.

Overall..sambal cicah sedap giler. Hirisan daging sangat nipis jadi sekejap je dah masak bila dicelur dalam sup panas tu. Oh kami ambil miso sup dengan apa tah lagi satu Jija yang pilih. Ada satu tauhu cheese pun sedap. Tangkap leleh la makan. Tapi aku cepat kenyang so rugila. Dua beradik tu makan bukan main lama sampai sempat aku keluar bawa Aqlan pergi shopping kat F.O.S. sekejap. Hahahaha.

Actually tempat makan panas sikitla sebab steamboat kan. Jadi kami gilir2 bawa keluar Aqlan sebab dia dah bising panas. So bila time aku tu lah aku ambil kesempatan beli seluar tidur. Lalalala.

Lebih baik dari Seoul Garden. Wa cakap lu. Tambah kuah pun tak kena caj ok.

Sekian cerita hari Ahad 14 September 2014.

1 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.