Katanya sajian ala istana. Sekali order makanan sampai dalam periuk. Ha ko makan dalam periuk ke?
Takdela...tentulah diberi pinggan juga. Mula kami risau juga kalau banyak sangat dan sebab ni first time aku tak berani ambil daging lain kecuali ayam. Which is standard la. Lepas tu order sayur campur iaitu terung, kacang panjang dan bendi.
Bila dah ngappp tu sedapla pulak. Dari rasa banyak ko rasa cukup je masing2 makan seperiuk. Zcat ambil biryani udang. Nasib segar uolls. Kan kalau dapat udang lama ko mesti hangin apa ni kata hidangan ala istana....
Rasanya sedap. Ada rasa saffron. Air kelapa je dapat dah tua so keras la nak korek makan isi kelapa tu. Total semua RM67.10. Nasi biryani ni memang mahal sikit la. Ada pulak service charge dan service tax. Siapa peminat biryani sila cuba.
Licin periuk..hahaha..dasar perut belanga...larikk..
BalasPadam