Sabtu, 22 November 2014

Herald Hotel, Melaka

Kami menginap di hotel Herald selepas pulang dari kenduri kahwin Nadiah & Muiz di Labis. Hotel ni terletak di Bandar Melaka dan kalau tengok dari luar macam tak percaya je situ adalah hotel. Yah luaran tak menggambarkan dalaman.

Kami check in agak lewat. Dah jam 5 petang. So kami masuk mandi solat dan rehat2. Kemudian hujan turun dengan lebat baik kami layan tv je.

Hotel ni ada 2 bilik. 1 bilik utama dan satu lagi bilik dengan 2 bilik. Aku.pun tak tahulah kenapa ambik sampai 2 bilik ni ha...padahal kami bertiga je.

Yang penting ada jakuzi kata Encik Sebelah. Korang kalau tak pernah guna cubalah sewa bilik yang ada jakuzi ni. Memang best. Ada urutan air..



















Sebenarnya ada kisah tertinggal nak cerita. Masa kami duduk semalam kat hotel ni esoknya nak balik cepat2 kami tertinggal bantal tidur Aqlan. Pihak hotel siap hantar by hand ke office suami which is buatkan kami terkejut sangat. Maklum selalu tertinggal barang memang jangan dikenang la hilang selamanya. Tapi bab ni, hotel Herald memang terbaik servisnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.