Kami menginap di hotel ini kerana esoknya 22 November nak ke kenduri kahwin Nadiah & Muiz di Labis.
Hotel ni terletak berdekatan dengan bandar Segamat dalam 3km. Dan dengan Labis dalam 30km.
|
Dapat 2 topi percuma semasa daftar masuk. |
Kami mendaftar hari Jumaat jadi orang masih belum ramai. Parking kereta pun betul2 depan lobi hotel.
|
Dalam fridge ada minuman halal dan haram. Nak minum sila tengok menu dulu. Coke pun dah berapa jadi tunggi jelah malam karang keluar. |
|
Ada banyak lukisan jenis macam ni dalam bilik dan luar bilik |
|
Yang penting boleh mengesot tanpa was-was |
|
Pancuran dia 4 segi. Punyalah laju air dia..best betul mandi |
|
Air pili ni kena pandai adjust. Maunya laju sakit woo.. |
Hotel ni antara fasiliti yang aku nampakla ada wifi, swimming pool, gym dan parking. Ada hotel takde parking tau. Pandailah korang cari...lif ada 1 je. Kecil. Kami 3 beranak dengan stroller terus penuh.
Hotel ni taraf 3 bintang tapi pada aku macam lebih tinggi je. Bersih, layanan yang mesra dan Zcat terkejut sebab diorang tak ambil tip untuk tolong angkat barang. Wahhhhh!!!!
Kami cuma tidur semalam. So ada breakfast esoknya. Aku makan bubur nasi, kuew tiaw sup, buah-buahan dan telur+kacang panggang. Caj semua RM189.
|
Wajib ni makan setiap kali menginap hotel. Cuma takde hash brown dan sausage je |
|
Kononnya nak bagi dia duduk dalam baby seat tapi baby seater ni tak sesuai untuk dia yang kurus ni |
|
Duduk jelah diam2 dalam carrier tu |
|
Ok dah siap nak pergi kenduri kahwin. Pakai lilit je shawl tu. Dah tengok video tudungpeople dan simplehijab.my pun fail jugak. Sudahnya ikut rasa diri tu cantik pakai camtu sudah... |
|
Aqlan pun nak bergaya juga. Kalau takde sale 70% memang ko tak merasa baju Polo tu nak. Begitulah bila dapat mak yang nak bergaya tapi beli pada harga sale. |
Aku rekomen korang stay hotel ni bila pergi Segamat. Pagi2 boleh dengar ayam kokok. Feeling kampung dalam bandar. Satu hal lagi bandar ni banyak benar stesen minyak. Jadi takyahla bimbang pasal minyak habis. Contohnya sebelah kiri kanan hotel ni ada stesen minyak. Kalau lapar nak kudapan pergi jelah jalan kaki..hehe.
welcome to segamat.. :) saya orang segamat.
BalasPadamhotel ni dah lama. dulu buruk amat. sekarang baru siap renovate dan tukar mengurusan baru. memanglah nampak mcm lebih 3 bintang.. hehehe.....
Wah nampaknya saya bertuah la. Thanks for sharing the info.
Padam