Sabtu, 21 Februari 2015

2 Jamadilawal 1436

Banyak aktiviti hari ni...

Mula2 majlis bertunang Fahada di Gombak. Kami saja la lambat pergi. Nak dekat jam 12 juga. Last2 kami ni sampai sebelum pihak lelaki sampai. Elokla takyah tunggu lama2.

Yang kelakarnya Zcat duduk sebelah Fahada dah jadi macam wakil pulak. Hehehe. Jadi semua keputusan dia tahu. Aku mulanya duduk luar bersama rombongan lelaki. Kemudian bila si Aqlan dah start usik baby sebelah dia maka masuk bilikla kami.

Dah dalam bilik memang tak dengar apalah. Dan dan  je dapat email invitational majlis nikah Fahada dari Zcat. Eh lebih tahu dari empunya diri. Lawak.

Lepas dah siap bincang kami pergi makan kat dewan bawah apartment.  Sedapnya makanan. Macam2 kami makan. First time Aqlan makan puding jagung sampai tiga potong. Amboi anak....
Kasi gambar anak beranak sebelum bertolak pergi 

Percayalah takde bedak or krim. Semua tertinggal... last pakai eyeliner je..lipstick dah ditelan semasa makan.

Lepas makan macam ke hapa...means makan banyak giler....kami balik rumah kepanasan. Ya cuaca hari ni panas ya amat.. balik mandi dah tidur sebab ada program lain pulak malamnya.

Jam 7 malam kami keluar pergi Quill Mall sebab mak mertua nak beli beg Hush Puppies yang dia berkenan tulah. In the end dia beli jenis lain. Ada pulal sale 30% tapi kalau jadi member tambah 20%. Aku berjaya tak beli apa2. Adik ipar pulak yang tergoda. Pastu dapat kupon lagi. Sudahh mak tak kuasa nak shopping lagi..

Yo ooo je kan. Harusla pergi beli sesuatu untuk diri sendiri. Nampak Sorella tengaj sale 3 RM120. Mula nak ambil 2 RM89 last2 ambil 3 helai. Citttt.

Takpe..demi keselesaan diri ya jangan kedek sangat.

1 ulasan:

  1. Salam Singgah... kalau gi kenduri tak makan kaw kaw tu bukan lah gi kenduri namanya...

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.