Masuk terus cari baju untuk Aqlan. Cari bahagian 12 to 18 months. Baju budak lelaki tak banyak. Baik aku cepat. Tunggu jugalah beberapa orang depa aku sedang membelek. Kemudian aku terjah jelah cari baju. Dapat 4 helai baju dan 2 seluar. Satu lagi baju monyet je aku panggil. Korang panggil apa aku tak tahulah.
Dah habis cari baju anak baru cari untuk diri sendiri. Jumpa sehelai je yang berkenan. Carilah jalan keluar nak buat bayaran. Sebelum sampai cashier nampak susunan cermin mata gelap brand giordano. Nak beli tapi malas nak belek sebab ramai. Tengok mainan pun semua tak menarik. Last2 aku bayar jelah apa yang sempat grab.
Total semua kurang RM200. Yelah potongan sampai 70% mana tak semua orang berebut beli.
Dah takyah fikir pasal baju bila umur masuk setahun. Eh ye ke....? Tak percaya dengan diri sendiri. Baju budak memang adorable kan. |
Dah masuk kereta turn Zcat pulak. Bila dia balik dia cuma dapat beli cermin mata gelap dan singlet. Dah hari last memang tak banyakla tinggal. Cuma untungnya bila last day semakin bertambah diskaunnya.
Kami pun balik tidur jelah lepas tu sebab panas sangat.
Musim panas ni mengingatkan tahun lepas ketika sarat mengandung dan air tiada. Alhamdulillah bekalan air masih ada setakat ini.
alhamdulillah, petang hujan....sejuk sikit malam nanti nak tido
BalasPadam