Hasil Tangkapan Di Subang Parade

Subang Parade antara mall yang dah lama. Dulu2 aku pergi sejak zaman belajar uni. Kemudian pergi Tesco kat sebelah.

Subang Parade rate parking early bird jam 9 pagi masuk kena RM6 je satu hari. Lepas jam 9 takde dah. Kami tiba jam 10 pagi camtu. Orang takde lagi. Kami breakfast di Old Town Coffee. Minum teh tarik, telur setengah masak dan roti bakar.

Kemudian encik zcat nak ke Digi. So aku dan Aqeel ke MR DIY dulu. Ish ish asal ke mall je cari kedai ni. Nasib kedai RM2 takde dalam mall. Kedai ni pun berhantu jugak. Pusing2 dengan Aqeel..seronok la pakai bany carrier tu. Kalau pakai stroller memangla dia teriak. Tapi 2 2 pun kami bawa. Ikut mood dia mana nak guna. Kali ni dah boleh letak dia hala muka ke depan. So lagi seronok la dia temgok2. MR DIY kat sini besar gila. Tak habis jalan dah 2x datang. Hahaha...kena concentrate apa yang dah di list. Tapi macam biasa terbabas jugak.. haha..laki pulak bagi green light. Kalau korang nak tahu laki aku ni bila kita pegang barang nak beli dia akan tanya guna untuk apa..kemudian pandai2la ko jawab supaya dapat. Hahaha.. tapi selalu dia bagi je beli. Eheheh.

Yang nak beli tisu basah je. Apahal beranak banyak sangat ni? Tisu basah tengah murah ya...saiz besar 2 RM9.90 camtu..yang kecik 2 RM4.50 buat stok senang.

Letak instructions lego dalam file ni senang. Aqlan lepas dah buat lego macam dalam instruction dia akan buat balik bentuk lain pulak.


Lepas tu Aqeel melalak. So aku terus tinggal diorang aku ke nursing room. Hurmmm puas hati nursing room kat sini..dekat pulak dengan kedai MR DIY. Lelaki tak boleh masuk yer..tapi anak ku lelaki...hehehe.. so kesian jugak kalau single father ada baby nak kena buat susu ke tikar diapers ke...

Lepas tu jalan2...sambil2 tengok tudung..banyak menyinggah satu pun tak beli. Sekali terhenti kat kedai jual batik. Alamakkk.. mula2 buat derkkk jalan je pastu macam tak tahan nampak kain batik pastel. Pastu tanya harga sebab tak tahan. Kemudian pergi... pastu patah balik. Hahaha..kali ni ajak laki tengok sekali..bila penjual tu kata ni Noor Arfa Batik terusla aku menyembang dengan dia. Dia orang Paka, aku pun soksek soksek cakap aku pernah sekolah di Terengganu. Tapi dia tak kenal sekolah aku lah.. padahal sekolah popular kot..kikiki. sekolah pompuan katanya. Ingat nak beli sehelai je..pastu jadi 2 helai. Sehelai 2 meter RM40. Dah beli 2 pasang laki tanya ada diskaun tak..aku rasa takde..selalu orang jual2 macam ni tak bagi kan.. Sekali ada kau..so bayar RM75 je. Oh best betul. Aku tengok jual online pun mahal...hurm. Bila nak menjahit ni pulakkkk...

Ada aku tengok di butik dah siap buat baju dijual RM79. Baikla aku beli kain dan buat sendiri baju. Kurung kedah mudah je..tapi....Aqeel tu camne ek..dia tak suka ditinggalkan.


Lepas tu nak ke Watsons pulak sebab laki nak gel rambut dia. Memang watsons je jual murah. Selalu ada sale..so aku masuk sorang2 sebab stroller besar dan watsons kat sini sempit. Dari patut beli gel...dah beranak pinak pulak..biasa niiiiiii...

Demi nak beli penutup mata untuk tidur yang comel tu kena beli sampai RM50. Tapu takpe sebab yang lain2 tu memang dah habis. Cuma Kinder Joy tu 2 dapat RM8. M&Ms tu sebab nak cukupkan RM50 la..adoii..nasib sedap.


Kemudian dah nak balik nampak pulak kedai jual pakaian budak. Harga pun bolehlah..sebab barang jenama kena reject. Tak kisah lah asalkan kain bagus. Belilah untuk budak2. Aqlan dah makin tinggi..banyak pakaian dia dah senteng. Belikan juga untuk Aqeel..lama dah tak beli baju baru untuk dia. Asyik pakai Aqlan punya je. Tapi baju2 Aqlan semua masih elok memang aku simpan. Cadang lepas 7 tahun baru letgo. Sekali 4 tahun dah dapat adik oklah kan..sayang baju2 tu.

Baju reject butik. Tak nampak pun hudohnya. Maybe tak menepati piawaian diorang je. Kainnya bagus. Buatan Bangladesh, Filipina. Cookie monster tu memang bawah Sesame Street tak ingat mana buat. Tag dah gunting masuk bakul sampah. Semuanya setiap satu bawah RM20. Total mestilah lebih RM20 yer...


Last sekali laki ajak makan tapi perut aku sakit lak lepas minum teh tarik tadi. Risau makan kang nak p tandas je pulak. Baik bungkus je makanan dan balik.

Sampai rumah dah hujan. Belum jam 2 petang pun. Eh seronokla keluar pagi2 macam ni. Anak2 pun kurang meragam dan happy. Kemudian Aqeel tidur lama...ahhh heaven in earth la..


4 comments :

  1. Replies
    1. Hehehe pastikan belian berguna..tak kiralah guna tahun ni ke atau tahun berikutnya. Hehe.

      Delete
  2. Dah lama tak pi subang parade..teringat memori tgh cintan2 dulu setiap petang dating kat situ..hehehe

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates