Jumaat, 23 November 2018

Wedding Jamnah And Syamil At Penjara Sungai Buloh

Tak pernah sampai ke sana..bila dapat jemputan ke tempat ni agree je. Lagipun orang ajak datang makan2.. lama dah dulu aku pernah masuk kuarters polis sebab ada kawan anak kepada polis berkahwin. La ni kawan tu laki bini jadi polis.

Majlis start jam 6 petang hingga 11 malam. Kami lepas Isyak baru bertolak. Ingat ngam2 lepas Isyak la..kan Isyak awal sekarang jam 8.13 camtu..sekali ramai2 membuang jadi makin lambat bertolak. Haha. Sudahnya 9.40 malam baru sampai. Jauhla kan dari rumah kami ke Sungai Buloh. Jumaat pulak..

Encik Zcat kalau wedding malam memang request nak pakai baju Melayu. Aqeel je takde baju Melayu..nak buat susahla kecil naa..


Sampai2 je jumpa pengantin dulu. Kot tak sempat nak salam2.. makanan masih banyak..eh seronoknya. Ada juga orang lain baru tiba..so kami bukanlah paling akhir...

Ada makanan masakan kampung tapi nasi putih dah habis. Jadi makan beriani la. Semua makanan sedap2. Laki siap ingat nak tambah...eheheh..sempat juga makan karipap dan kuih muih. Teh dah habis. Minum kopi O pun sodappppp...

Siap makan ambil turn nak bergambar dengan pengantin. Haha. Oh lupa nak habaq Jamnah tu bekas staff di ofis laki kerja. Tu la dia ajak datang.

Baju raya 2013. Memangla muat tapi tang kain tu ketat dah nasib boleh hook lagi. Hahaha




Telinga kasi katup dengan earmuff. Muzik sangat kuat la kat depan ni..



Alang2 dah sampai Sungai Buloh ni kami pun pergila collect 3djelly cake kat Damansara Damai. Rasa jauh jugak..rupanya jalan ke arah Armanee jer..

On the way balik laki bawak keta slow2 sebab 3djelly cake ni lembut kan siap dia bergerak2..haha..ish ish..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.