Sabtu, 3 November 2018

,

Wedding Di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Sempena meraikan perkahwinan anak lelaki kepada sepupu suami, kami dijemput hadir ke majlisnya bertempat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Kali pertama hadir wedding di bankuet hall yang luas dan sejuk sedap sangat sampai 3 jam kat situ.

Ok selain acara makan tu sebenarnya bila hadir wedding ni lebih kepada nak jumpa saudara mara..memang ramai pun. Malah kami diberi duduk di meja VVIP. Ops ada cerita seterusnya nanti...



Kami ni memang banyak hadir wedding tak kenal pengantin. Lebih kenal kepada parents pengantin. Jadinya kami memang takla nak bergambar sangat dengan pengantin. Memang takde...kalau ada tu memang rare lah. Dah usia macam ni dah pangkat makcik2 oi bukan kakak2 lagi. Hahahaha..

Masa kami sampai dewan ni penuh dengan rakyat jelata. Sebab ni perkahwinan anak lelaki sepupu yang merupakan  seorang Adun. Jadi pelbagai lapisan masyarakat yang ada. Cari meja kosong takde sudahnya sampai ke depan sekali berhadapan meja beradap pengantin barulah kami dipanggil untuk duduk. Wah meja VVIP dan juga tertulis rombongan pengantin.





Duduk meja ni bestla...makanan habis sentiasa ditambah. Takyah bangun cari2 lauk..usai makan nasi makan cendol pulak. Paling sedap ialah ayam goreng sebab dihidang panas2..mahu meratah kan...lupa diri sangat.







Signal kena balik

Tahniah kepada Sulaiman dan Tengku Nusaybah.



4 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.