Takde tiup lilin ok...letak nombor je |
Masa aku kecil hingga habis belajar, dah bekerja pun Mak masih sediakan juadah special bila birthday aku. Ada jamuan, ada yang dihantar ke surau. Even masa aku kat asrama pun Mak buat makan2 untuk orang surau atau masjid. Walaupun aku tak hadir kerana bersekolah. Yang pasti bila balik rumah ada je hadiah harijadi. Mak tak pernah lupa.
Bila usia mak makin meningkat mak pun dah tak larat nak sediakan juadah2 ni. Juadah mak paling sedap ialah karipap inti kentang dan daging. Sedap gila. Alhamdulillah laki sempat makan sebelum mak gantung kuali. Mak dah tak masak juadah istimewa lama dah. Mak dah penat. Buat karipap lagi penat.
Jadi hari lahir mak ni aku dengar2 mak teringin nak makan agar2 sirap. Aku nak buat tak terbuat2. Anak aku menuntut masa yang banyak. Alasan kan.. tapi ye aku anak 2 je tapi tak terhandle kadang2 tu. Mak aku kemahiran mengurus anak2 dan rumahtangga tu...terbaik.
Mula2 plan nak surprise balik Koyan. Sebab kata Kak Pa mak nak balik Koyan. Aku pun call mak katanya memang nak balik Koyan 24hb tu. So laki suruh aku tempahla jeli bunga2 dalam tu or jelly3dcake. Hah. Aku pun cari2 dalam tempoh 2 minggu. Jumpa la dalam IG. Bila tanya katanya tengok slot dulu ada tak. Pastu kata nak inform aku tak inform2 pun. Masa tu dia cuma bagi tahu harga, corak, saiz dan perisa. Aku tak tulis order selagi dia tak reply ada slot tak. Harga starting rm80 boleh jadi sampai rm200++. Ikut saiz dan perisa la. Last2 seminggu nak dekat tu laki aku cari kat FB je. Jumpala rm38 je untuk saiz 8. Murah kan. Saiz 10 rm50. Eh murah ni nak buat tak kreatif tangan tu. Padahal alat2 tu ada je jual di MR. DIY. Ahahaha.
Akhirnya kami tempah jelah. Semua urusan tempah aku kena buat. Laki aku ni pesen dia carikan je..yang kena tempah aku..tapi yang bayar dia. Yeay.. ni kena pick up sendiri di Damansara Damai nun. So pick up lepas balik kenduri di Penjara Sungai Buloh.
Aku mintak puding mangga bottom, bunga merah dan daun hijaula.. |
Masa angkut ni naik kereta laki bawak slow je risau pecah...sayang oiiii... |
RM50 saiz 10x3. |
Kemudian bab makan2 lain pulak. Asalnya Kak Pa nak order nasi beriani. Sekali pagi subuh 24hb tu dia kata kawan tu tak buat. Kawan Kak Pa tu ada restoran jadi tak jual nasi beriani hari tu. Aku malam semalam tu dah tengok lontong Kakcik Seroja. Emmm sedapnya bila la nak order kan. Dah jadi kejadian ni terus pagi2 aku order dengan Kakcik la. Bukan apa nak order takat makan 2 orang laki bini macam alaaa..so dah ada nak buat makan2 untuk mak ni order terus 10 bekas. 1 bekas RM5. Pick up sendiri la. Kakcik boleh je hantarkan tapi adalah cajnya so aku tak tahulah ye ikut tempat masing2 kalau nak suruh hantar tu...ok laki aku pergi pick up. Pastu ada mesej dari Kakcik kata laki aku buat tambahan lagi 2 bekas jadi telur rebusnya asing masaknya dari 1st group. Kakcik risau telurnya tak masak betul. Eh kami tak kisahla..in fact laki aku lagi suka telur lembik2 kuning tu. Hahah.
Kak Pa balik terkejut tengok saiz lontong. Eh besar katanya..ingat kecik2 je. Haha..murah weh RM5 je sebekas. |
Ok settled semua bertolak ke rumah Kak Pa. Ada Dina dan mak je. Orang lain takde. So elok je zuhur, solat dulu pastu makan lontongla dulu..mak pun dah lapar. Aiyooo mula2 keluarkan tu mak kata banyaknya..ye memang banyak aku pun terkejut. Macam 1 empit nasi bungkus besar tu bahagi 2 je. Puas hati makan wehhh...mak aku dalam kata tanak makan banyak tu habis...semua dia makan kecuali sambal la. Aku makan hurmm licin..laki aku pun makan licin. Sama dengan Dina. Ed pulak dah pengsan tidur tak dan makan sebab letih sangat tak tidur semalaman. Sempat dia layan kami buatkan air dan sediakan pinggan mangkuk...layan nenek dia penuh kasih sayang...aaaaaaaa...
Sambalnya banyak tapi aku jenis tak tahan pedas aku buh sikit2 dulu. |
Gerenti puas hati sayur banyak..nasi banyak..sambal sedap.. |
Bila Kak Pa balik mak dah tidur. Okay tunggu lepas asar pulak. Tak suka kacau Mak tidur. Biarlah mak rehat2..lepas solat Mak naik atas pulak nak tengok TV. Masa ni kelakar kak pa suruh aku naik pujuk mak..sebab kebiasaannya mak akan tengok TV sampai maghrib baru turun. Elok aku keluar bilik lepas tidurkan Aqeel..eleh budak ni pun auta bangun pulak tiba2..Mak dah ada kat meja makan. Terus aku panggil semua orang dengan suara tinggi sila turun cepattttttttt... aku pun keluarkan kek jelly 3d. Mak terus eh...pastu nak ambil gambar terus mak nak tukar baju. Haha..
Mak, selamat ulang tahun ke 79.
Mak aku susah nak gelak kalau ambil gambar so ini rare |
Kami 2 beradik je kat sini.. |
Apa mak doa dalam hatinya, aku tak tahu.. |
Diorang ni semua makan sorang sebekas lontong tadi kecuali aku, Aqlan memang tak nakla..dia tu susah nak pujuk makan yang baru baginya. |
Thanks encik Zcat |
Nasib mak tak sayang nak potong kalau tak kami tak merasa makan. Hahaha |
Untuk pertanyaan lontong -
Kakcik : 0122830569
Untuk pertanyaan 3djellycake -
Azira Wati : 0122451435
Selamat hari ulangtahun kelahiran buat Mak Anis. Semoga sihat sentiasa dan ceria di samping anak menantu cucu tercinta.
BalasPadamTerima kasih Anis dan Zcat sudi beli lontong kakcik. Alhamdulillah. :)
Terima kasih kakcik buat lontong sedap dan tak lokek rasa, jumlah dan isinya...
PadamAlhamdulillah Allah masih bagi peluang untuk menikmati kurniaanNya
huaaa lontong dah la peberet kita..teruih nak p cari lontong petang ni.hahahha. beb kak cik seroja ni buat lontong hari2 ke?? dia stay mana??? *lap ailio*
BalasPadamTaktaula hari2 ke tak kena tanya. Nanti aku up contact kakcik tu ye..sedap wehhh...aku masih teringat la...
Padamamboi kemahen mengancam lontong dia.. terus telan2 ayo liur.. anyway selamat hari ulang tahun mackcik.. hahaha
BalasPadamApa lagi order pot luck la ko dan ecah tu.
Padam