Jumaat, 23 November 2018

Bantal Das Abdul Global, Baru Nak Cuba

Dah lama nampak penjual bantal ni di tepi2 jalan. Nak berhenti beli tak dan2 sebab tujuan perjalanan masa tu lagi penting.

Tiba2 ke BBB ternampaklah.. tujuan sebenar laki nak tunjuk kedai nama Sasuke kedai bundle Jepun macam Bandoru tu. Tapi tak dapat pergi sebab Aqeel dah nak tido atas riba. Nampaklah penjual bantal ni. Terlepas. Di penghujung simpang nampak lagi seorang penjual. Ah terus berhenti. Bila menyembang tu terus tanya yang kat belakang tu kawan awak jugak ke...ye ye katanya..

Maka kami pun tanya apa bantal ada. Dia pun suakan bantal besar boleh cuci dalam mesin basuh. Beria dia cakap. Aku pulak minta dan peluk bantal tu. Terus ok on nak beli. Dia tanya laki aku pulak sebab bantal ni beli 3 RM129. 1 biji RM45. Laki aku peluk bantal dia kata tak suka. Laki aku memang cerewet gila beli bantal kepala. Last aku belikan bantal untuk dia sebelum kami kawen. Ko bayangkan. Dia pakai bantal contour tu.

Pastu penjual ni bagitahu kalau bantal contour RM150. Siap sebut camni bang..bang harga bantal tu SATU LIMA KOSONG. alah ko ni cakap jelah RM150 macam aku takut sangat dengar harga dia. Bantal contour Jean Perry tu pun kami beli ingat murah ke? Eh sebab boleh pakai bertahun bila dibahagi nilainya maka tak rasa mahal. Kalau beli bantal harga mahal pakai kejap je lagi rasa mahal dan membazir pastu marah. Kan kan..

Ok sudahnya dia offer bantal nama PHD. Eh eh...ingat manusia je ada PHD bantal pun ada jugak. Sudahnya laki aku pun try test la pulak. Harganya murah RM10 dari bantal aku beli. Siap cakap kalau tak sedap bantal ni i bagi u ok.

Ni tempat laki beli bantal. 1st kereta yang jual kami terlepas tu. Sekali borak dia kata dia orang Kamunting.

Ni lak yang aku beli bantal dengan dia. Bantal yang laki nak tu dah habis kat dia itu pasal patah balik. Dia jual bantal bawak CRV. Eh kayo pakcik kayo.

Aku ok je laki bagi bantal. Aku tidur memang banyak pakai bantal. Boleh jadi 5 atau 7. Ada macam2 saiz la. Tapi bila dah guna Das Abdul ni aku pakai 2 je. Eh..3. Eheheheh..

Laki aku sampai hari ni tido dengan bantal Das. Tak bagi aku pun. Siap letak bantal2 lama dia atas katil aku. Laki aku tidur katil lain. Aku tidur katil lain. Aku tidur dengan anak atau anak2. Dia tidur sorang atau dengan anak. Kadang2 mengadu cakap sian i tidur katil bujang. U tidur katil King. Eleh orang ajak tido tanak. Katil King ni disambungkan dengan katil single dia tu. So anak yang besar tu sukala main golek2 dari King ke Single. Yang kecik tahu intai dari kamar je. Hahahaha. Sebab bantal banyak atas katil jadi barrier untuk si kecil sebab dia golek2 dah laju. Seram pulak. So bila tak jaga dia untuk mandi ke akan diletak dia di bawah biar dia golek atas lantai berkarpet lembut.

Budak kecil pun boleh tenggelam dengan bantal ni

Tinggi besar budak kecik ni je

Susah payah aku keluarkan bantal dari sarungnya sebab nak ambil gambar label. Dahla hari yang sama sebelum beli bantal aku dah tukar semua bedsheet bagai. Label bantal laki takdak. Malas nak cabut sarung dah.

Kesudahannya laki suka bantal Das. Aku pun suka. Tengok berapa lama dia boleh tahan. Bantal free tahun lepas dapat masa beli katil pun dan tak berapa sedap. Buat peluk je. Bantal kepala kena efisien ok. Ok jap..bantal laki beli boleh dilap2 je dengan wet tissues dan jemur 30 minit bawah mentari. Bantal aku boleh masuk mesin basuh. Haha tu pasal mahal RM10.

Ok masa pusing balik tu laki ajak pergi Sasuke sebab Aqeel dah bangun. Tapi elok pulak pekedai tu dah tarik pintu nak tutup kedai dah. Hahaha.. kesudahannya lain kali je. Eleh Bangi tu macam tiap2 minggu pergi.

Dia kata boleh COD hantar ke rumah kalau nak beli lagi bantal Das.


 

4 ulasan:

  1. aku tukar bantar 6 bulan sekali, rasa2 sedap lagi jadi bantal tepi. Kepala tetap nak pakai bantal baru selepas 6 bulan guna bantal lama :D

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. dah beli bantal baru Pillow Talk by Modern Habitat baru nampak iklan The Sultan. lain kali la pulak ek..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.