Rabu, 21 Ogos 2019

KKM Puchong Batu 14..Bangunan Baru

Tapi....aku bukan ambik gambar sangat pun. Just ke sana sebab nak kena ke farmasi untuk ambil ubat cacing Aqeel. Klinik ibu dan anak tetap di bangunan lama. Kurang sikitla crowd..tapi bangunan lama dah.

1st time datang kena bayar RM1 sebab nak kena ambik ubat 


dulu ni area pesakit orang2 tua



Luas sangat. Ni area farmasi je tau.

Area parking ni besar

Sampai tertidur tunggu Abah dia jemput

Last visit nurse lama salah tanda kat bahagian pertumbuhan Aqeel. Dengan nurse hari ni Aqeel dah nak masuk zone merah. Means underweight. Siap dia cakap budak ni bantut. Eh..kemudian dinasihatkan ambil vitamin..so Aqeel kena teruskan minum Pediasure. Kalau masuk zone merah, kena jumpa pakar nutrisi pulak.

Lepas balik KKM kami pun ke AA farmasi beli vitamin. Lama jugak borak dengan ahli farmasi tu. Kot dia pun bosan kan so seronok la tu borak pasal anak masing2. Haha..masa cari barang2 lain aku suruh Aqlan pegang botol vitamin. Sekali terjatuh terus dengar terhentak. Aku suspect pecah botol kaca ni. Terus buat bayaran. Aku tetap bawa botol yang sama tak tukar. Aku tahu anak aku salah dan aku pun salah suruh dia pegang botol berat. Kalau nak ikut memang membazirla kan bayar botol dah pecah tapi di sini kita mesti berlaku jujur. Ajar anak jugak. Aku cerita pada laki. Terbang RM40+ tapi kena ingatlah.. diri sendiri kena jujur. Lapangkan dada ambil sebagai iktibar.


Makanla ubat cacing. Kena tumbuk sebab dia dalam bentuk pil. Mortar dan pestle dah lama dibeli Abah budak ni. Baru 1st time guna. Hehe. 

Rabu, 14 Ogos 2019

Homestay Belakang Sate Warisan, FELDA Sungai Koyan

Homestay ni takdak nama. Tapi memang terletak di area kedai sate warisan.

So kami kena caj RM200 semalam. Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Satu ada tandas duduk satu lagi takde tandas..aircond di master bedroom dan living hall. Yang lain kipas je. Tapi rumah ni bersih gila...

Biasala mesti ada barang IKEA tapi bukan jadik rumah IKEA terus ya. Hehe.


TV pun ada siaran Njoi

aku cuma tak tahan rumah ni kaler pink. Hahaha.

Living hall. Sebelah kanan dinding laki diri tu ada master bedroom tah la lupa nak snap pic. Katil saiz queen. Kami semua tidur dalam tu. Aqlan tidur atas tilam atas lantai..tak muat ya. Hehe.

2nd bedroom jadi tempat kami tukar pakaian je

3rd bedroom buh baju yang di iron je

Ambik tong sampah besar gila disediakan


2nd bathroom. Aqlan suka betul mandi air kolah ni.. sejuk wei..

Toilet dan bathroom. Takde dalam master ye semua kat area dapur. Tapi disebabkan kami je sekeluarga tidur so tiada masalah aurat. Rumah ni banyak nota.. seperti INI HOMESTAY BUKAN HOTEL. hahahahaha

Ok nak contact ke apa aku pun tatau sebab semua kak ma uruskan. Tapi aku tahu la anak makcik mana yang punya rumah ni. Laki aku cakap next time balik raya rumah ni kami nak sewa. Sebab happy gila tinggal di sini walau semalam jek..kalau lapar ada kedai sate kat sebelah ya.

Macam biasa Aqeel ni muka dia buat2 sombong 


Aqlan makan cookie tuan rumah sediakan

Bergambar sebelum balik ke rumah mak sebelum ke Ipoh 

Ahad, 11 Ogos 2019

Food Truck Kak Adik Di Ipoh Walk Night Bazaar

Kak Adik ni kak ipar tiri. Dia suka masak2..meniaga makanan. Jadi dia ajak kami pergi food truck dia. Walaupun penat tapi gagah juga pergi malam tu juga lepas bertolak balik dari Koyan. Sebab esoknya kami ada macam2 plan lagi.

Sukalah tu budak Aqlan dan opah dia






Belakang ada fun fair. Aqlan teringin pergi tapi bahayalah.

Tapau sebab Aqeel dah mengamuk nak balik. Penat.

Makan tauhu begedil..dari 1 hidangan dah order 3 lepas tu.

Sambal kick.

Raya Korban 2019

Pagi2 dah bangun semangat nak solat raya di Masjid Koyan. Hantar budak2 tak mandi ke rumah homestay depan rumah mak je. Aishah anak abang bad yang akan tolong jagakan Aqeel. Aqlan bagi iPad cukup. Aqeel siap bagi susu, dan biskut.



Mengintai laki sendiri



Sampai masjid terus naik tingkat atas dah. Aku blur juga. Ada pakcik bagitahu. Nampak sangat tak pernah solat sini sejak masjid baru dibina. Terus ke saf pertama sebab orang belum ramai. Jam 8 pagi..maka bertakbirlah..sehingga...

Ya memang ada rasa tak puas hati sikit sebab lamaaaaaaaa sangat nak tunggu solat raya. Haha..aku ni risau terkentut. Of coz la malas nak buka telekong semua. Siap mesej laki jam berapa solat sebab aku nampak dia dari atas duduk saf paling depan jugak. Boleh nampak juga ada yang hulur dia mikrofon untuk lead takbir. Dia balas...bilal ke siak cakap jam 9 pagi..aduuuu...orang sebelah tanya aku sebelum aku dapat jawapan. Dia pun dah rasa pelik sebab lama sangat.

So ada yang pakcik yang bangun pegang mic dan bagitahu nilah masa nak berziarah semua..macam ada nasihat la..Lepas tu baru solat..khutbah..Siap semua dalam 20 minit je. Kami kelam kabut balik ambik anak untuk dimandikan di homestay. Dekat je..tapi kenalah naik kereta juga. Siap mandi kami terus ke rumah mak balik. Tapi masa tu semua orang dah makan..jadi kami jelah makan serba sikit. Kak ma masak nasi dagang dengan ikan tongkol. Ada la satay kak ma tempah..Kami semua kena tong2 bayarla..tak kisah pun sebab semua nak makan..ingat kak ma boleh belanja semua ke..Hehe. tu pun kak ma dah bayar sikit rumah homestay kami. Keke.

No make up


Ahmad suami Yuhana ni baru je sembuh dari kemalangan. Alhamdulillah masih mampu tersenyum balik raya dengan kami semua. Kak Pa, Abang Musa, Ed dan Ayub di Mekah. Adik2 dia yang lain semua ikut balik Koyan kecuali Byah.

Pakai balik baju kenduri kawen adik ipar hari tu.

Lepas tu aku ni nak la bergambar. Hampeh semua tak bagi perhatian. Sudahnya aku dan family kecik Yuhana je bergambar kat tangga dalam rumah. Pastu aku kena belek buku2 lama aku sebab dah kena makan anai2. Ada yang dibagi pada Aishah sebab dia nak masuk Uitm ambik accounting. Aku pun tak tahu la dia akan pakai buku sama tak...dah 20 tahun buku2 aku...budak tu baru 19 tahun. Hahahaha. Pastu aku dah penat kemas. Lain kali datang balik la. Dah la habuk anai2..aduh..panas lagi..rasa nak kena balik homestay untuk tidur. Ngantuk gila. Orang lain pun dah start nak tidur.

Tingkat atas rumah mak..tikar getah tu sejak aku kecil ya...maksudnya maybe dah berusia lebih 30 tahun.



Dapur mak kami luas.

Siapa rindu? Ni makanan si Yusuf anak Yuhana. Dan dan nampak sedap tu pasal aku snap. 

Kami balik tu terus kemas siap2 sebab nak check out dan balik Ipoh. Tidur kejap..Jam 3 petang baru keluar la.. kesian laki penat semalam drive tak habis...6 jam ok.

Tak semua bergambar. Diorang ni baru kenduri durian. Dapat la aku makan sebutir durian dari pokok belakang rumah mak.

Ni kak ma nak pulang kunci homestay sempat lagi bergambar. haha

Masuk line sikitla..panas terik ok.

Dah nak balik barulah bergambar ramai2..tu pun masing2 ramai dah selekeh. Haha.

Kami balik Ipoh ikut Cameron Highlands dan masuk Tapah. Aduh pening. Alhamdulillah sampai sebelum maghrib. Lepas mandi..solat semua kami keluar pulak ke tapak pesta Ipoh. Citer entry lain la pulak..penat dah. Hahaha.