Khamis, 22 Jun 2017

Kisah Ramadhan 1438H #27

Bangun sahur makan lauk lebiham semalam. Semua main panaskan dalam microwave je. Aku makan bihun Aqlan yang tak habis tu. Apa budak ni makan tah. Macam2 benda dia reject.

Naik dari sahur tu tengok dia dah bangun dengan ipad. Semalam aku amik suruh dia tidur. Dia nak main lagi tapi aku tutup lampu. So dia cuba keluar dan cari abah dia tapi tak jumpa. Haha abah dia ngaji dalam bilik sebelah. Kalau aku takde selalu kat bilik menjahit.

Hari ni plan macam2 juga. Entah jadi ke tidak. Aku nak kena kemas baju dah. Toiletries dan barang2 Aqlan macam sabun segalanya.. Aqlan ni masih pakai barang2 baby. Laki pun suka dia masih dipakaikan macam tu. Contoh sabun mandi dia plus shampoo guna Sebamed. Sabun cuci baju pun masih pakai baby detergen. Jenama apa ku tak ingat. Sabun cuci botol pun still Pureen. Minum masih Ribena. Kadang2 dia minta air kitorang tapi bile sedut sikit mulalah muka lain macam. Hehe. Tapi tak bagi kopi dan teh. Milo memang dia tak suka tak tahu kenapa. Kalau bagi air dalam kotak tu either susu or Milo ke mesti dia nak picit kotak tu. Minum dari cawan pun masih tumpah sikit2. Jadilah kan. Yang pasti kita tak boleh bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Setiap kanak2 special perangai.

Teringin nak buka puasa nak makan nasi lemak masak sendiri. Tapi takde santan. Beras pun laki asyik cakap tak sedap guna herba ponni. Habis tu je yang ada..

Pasal cikti, akhirnya dia terperangkap dalam tong sampah khas untuk plastik. Laki perasan terus ditutup ketat. 2 hari kemudian baru hantar ke tong sampah jauh dari rumah. Kata laki masa dia keluarkan dari tong tu cikti dah berpeluh2. Cikti terus lari masuk bawah keta. Jadi laki risau cikti ikut balik rumah. So kami ni pun dok berjaga2. Pintu belakang langsung tak buka. Tingkap2 pun tutup. Pintu depan rumah yang selalu dibuka sikit pun tutup. Memang panasla berkuap. Tapi bila pasti cikti tak datang balik baru kami bukalah. Kami tak tahu cikti dapat survive tak hidup kat luar. Sebab cikti ni rasanya sejak kecil datang tumpang makanan kucing. Masa Jack Jack sakit, dia duduk belakang. Memang pintu besi tu loose bawah dia so cikti selinap dan curi2 makan. Bila Jack Jack dah mati dah takde makanan kat belakang tu. So cikti cakar pintu dapur nak makan. Bila ada hari terlupa buka pintu nak masak dia terus masuk laju2 dan sorok. Memang cikti ni busuk sangat tau. Now dia makan makanan Oggy pulak. So adik ipar pindahkan mangkuk Oggy ke tingkat atas, cikti tak reti naik tangga. Dia naik rak bawah dapur masak dan makan kentang pulak. Satu yang pasti cikti ni tak reti makan benda lain. Walau ada makanan lebihan ke atau kerepek2 ke..semua dia tatau. Dia dah biasa dengan makanan kucing. Bukan murah punya pulak tu. Tu pasal cikti tu kadang dia lari2 kita nampak dia gebu. Yang si Oggy tak boleh pakai, mata dia bulat je tengok. Haha. Ok sekian cerita cikti. Semoga cikti tabah hidup di sana.

Jack Jack ketika hidup sebelum dapat penyakit Sapporo 

Oggy sampai sekarang tak geng dengan Aqlan

Kucing jantan pakai baju kurung dan shawl bulu2. Macam Oggy dia tu jantan pondan takde telur sebab kena buang akibat penyakit. Ni tatau kucing siapa tapi dihantar dalam group telegram. Haha comel..


13 ulasan:

  1. anak ni,lagi sorang,kita memang manjakan dia..macam anak saya jugak..kalau boleh nak bagi yang terbaik untuk dia kan..
    comel pulak kucing tu pakai bawal bulus

    BalasPadam
  2. nakal sungguh cikti tu erk., hahar2

    BalasPadam
  3. Saya pun susah makan waktu sahur. Tapi makan jugak untuk dpt pahala.

    Saya juga suka tekan kotak susu tapi taklah hingga terkeluar susunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe, anak saya memang suka picit kotak, dah besar sikit lagi tak buat kot.

      Padam
  4. geram lak tgk kucing tu,hehe

    slmt hari raya kak.

    BalasPadam
  5. anis...cikti tu mmg ada sekor tu je?? siap hang leh trace dia mana 1?? sereeem ok dgr cete cikti.tak soookaaa! alhamdulillah rumah kami, cikti tak mai lagi... tapi lipas and lizard kekemain bermaharajelela.!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sampai hari ni takde dah kesan2 cikti datang cakar pintu belakang minta cat food..

      Padam
  6. Demand cikti tu, nak makanan kucing ja 😂

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.