Bermula Jumaat 13 Sept, Kak Ma dan anaknya Fatimah tiba dahulu dalam jam 3 lebih. Kemudian Illyas anak sulung Kak Ma tiba dengan anaknya, Fateh. Disusuli Kak Ina, jiran sekampung kami di Koyan tiba juga setelah balik dari mengurut. Hah kan elok pulak aku baru siap je masak nasi ayam Hainan. Ayam pun baru siap distimkan. Sambil tu makanlah kek buah yang baru je dibuat semalam. Kek buah tu dibuat atas permintaan Kak Ma. 2 weeks before aku dah buat tapi dah habisla. So buatla lagi. Lagipun birthday Kak Ma 11 Sept lepas. So bila Kak Ma masuk rumah je, Aqlan pun dah nyanyi happy birthday untuk dia.. tapi kan kek buah tu kami dah rasa dulu sikit. Hahaha. Oh ya laki aku yang jemput Kak Ma dari Stesen bas Pekeliling. Sempat lagi dia pergi beli puding karamel. So memang makanan banyak.
Kak Ma, Kak Ina dan Illyas. |
Malam tu kami pulak pergi jemput Ema dari stesen KL Sentral. Ema naik keretapi dari Penang. Pun nak tumpang tidur ada kenduri kawen. Kak Ma datang sebab nak lawat anaknya Pya di Ractar. Illyas pulak nak jumpa mak dia saja2. Kak Ina sebab nak jumpa Kak Ma juga dan bawak jalan2. Hah. Macam2 alasan tapi semua berkumpul dirumah kami. Tu yang penuh. Meriah. Bising budak2 main jangan cakapla. Banyak betul tenaga main diorang ni.
Esoknya 14 Sept pagi2 Illyas dah bertolak balik ke Kerteh. Sebab dia imam masjid jadi kena balik tak dapat cuti lama2. Imam ketiga jadi kenalah selalu backup senior2. Kesian pulak. Tak dan bagi dia makan nasi lemak. Jadi tapau roti dan kek buah je.
Lepas jam 2.40 petang camtu, mentua dari Ipoh tiba di KL Sentral. So yang jemput laki dan Aqlan je. Kami yang duduk rumah ni tidur. Haha penat tau borak sakan. Ema dah keluar pergi kenduri. Lepas asar baru kami keluar ke rumah abang Lut di KD sebab nak lawat mak. Bawakla sikit kek buah dan puding karamel. Kak ma pun lepas tu keluar kejap belikan mak bihun sup. Abang lut takde pulak pergi kerja. Sekejap je ziarah..pujuk mak balik Koyan gagal.
Layan nenek |
Sorang putih bulat. Sorang gelap runcing. |
Asal datang je mesti Aqlan main serving tea pot ni |
Kemudian kami ke IOI Puchong Mall sebab Kak Ma nak ke Daiso. Nak beli alat ukur masak telur. Pagi tadi dia dah tengok aku guna rebus telur. Dia pun nak jugak. Layankan aje. Sebelum tu ke Watson's dulu sebab aku la suruh dia beli skincare. Tak sangka dia termakan juga nak beli cleansing oil bagai. Datang si Ema, lagi macam2 beli. Hahaha. Dah siap masuk pulak Uniqlo. Aku pulak racun dia beli bra. Hahaha...ok bra kat Uniqlo serious best. Aku ada beli gak tapi dah lama tak pakai since breastfeeding. Dia nak beli baju tapi dia teragak2. So tu pasal aku suruh beli bra je dulu.
Di Daiso tu agak2 dah nak tutup kedai baru kami bayar. Hahaha. Syok pulak. Pastu masing2 dah lapar dan haus. Beli buah2 kat MBG. Balik rumah ada pizza adik ipar belanja. Yeay. Semua makan macam kebulur sangat.
15 Sept Kak Ma dah nak keluar dengan kawan2 dia. Jadi kawan dia lak ajak tidur hotel. So dia check out terus dari rumah kami. Kami pun nak pergi makan2 dengan kawan2 kat The Stripes. Jadi waktu sarapan, makanan yang laki beli cukup cover sampai petang. Ema pun nak pergi kenduri lagi. So semua orang buat hal masing2 la.
Off we go to The Stripes |
Malam lepas maghrib laki hantar Ema ke ERL Putrajaya sebab kali ni Ema nak balik Penang naik flight. Full day untuk laki.
16 Sept mentua nak ziarah keluarga arwah Pak Ya di KD. Aku tak ikutla. Laki jelah bawak Aqlan. Siap tapau lauk dari Restoran TTDI dan Bamboo dalam Summit. Patut nak buat sup sayur untuk mama, gas pulak habis. Hahah.
Hoh puas lipat kain hari ni menggunung.
Esoknya 17 Sept mentua terus balik Ipoh lepas buat ujian darah di klinik Putrajaya. Helper pun datang sama timing diorang keluar. Rumah bersih kembali. Normal la kan..tiba2 sunyi balik.
Okay last sekali...cerita kek buah.. buat hari Khamis malam Jumaat. Hari Selasa habis ya. Alhamdulillah.
Laki mintak buat kek carrot pulak.
waduhh., kek carrot melampau sedap namanye nih., hehe
BalasPadamFav jugak ke wak?
Padamtaklah feveret gituu., biasa je kak., hehe
PadamðŸ¤
PadamAlhamdulillah ramai tetamu ye anis, tetamu ni bawa rezeki dan pahala kepada tuan rumah, in Shaa Allah
BalasPadamAlhamdulillah betul tu kak.. rezeki dalam macam2 bentuk kan.
Padam