Hari2 di NICU tu tak lama..tapi banyak juga aku tengok baby2 yang bermacam ujiannya. Bagaimana parents baby2 ni handle situasi dan terima keputusan doktor dan nurse2 yang 24 jam memantau baby2 ni.
Paling cepat keluar 1 hari. Haaa selalu kes2 jaundice je. Masukla cot ultraviolet tu. Berbogel la baby sekejap nak kena "jemur". Hanya pakai diapers. Bila dapat bawak balik tu masing2 happy sign dokumen..oh kat NICU memang HANYA mak atau bapak baby je boleh masuk. Saudara mara semua tak boleh. Even adik beradik sedarah sepusat sepusing.
Ada juga kes dah balik rumah tapi kena masuk balik. Kes jaundice berterusan. Ada nurse buat kelakar...eh kita tanak jumpa mak dahhh.. sebab kes berulang. Jaundice boleh berbulan ya.
Ada mak2 anak pertama mengadu tak tahu susukan anak. Kena paksa dengan nurse. Kesian baby haus. Walaupun camtu baby2 diberi juga susu formula. Tapi selagi mak tak settle belajar cara susukan anak pun mak tak boleh discharge. Ni kes mak beranak kat hospital yang sama. Mak2 muda ni tak tahu apa..takde ilmu. Apa pun tak baca adu seorang tu. Sakitla beranak kak katanya..sebab tiba2 kena bedah czer tak prepare. Next time katanya nak beranak kat private nak suruh laki kumpul duit sebelum melahirkan anak kedua. Tak tahan layanan. Nurse banyak kerja dik...diorang stress jugak. Kau takde 10k nak beranak private susah weh. Itu kalau option czer la. Kalau normal mahu 3k jugak. Belum masuk kos tiba2 baby ada problem macam kes aku. Itu yang kena hantar ke NICU Hospital Serdang. Kata doktor Paed yang merawat Aqeel, ada satu pasangan doktor ni anak mereka pun kena masuk NICU. Mereka pun hantar anak ke hospital kerajaan sebab kalau swasta 1 hari RM5k ya...LIMA RIBU RINGGIT SATU HARI RAWATAN. Mana nak cekau duit walaupun kau bergaji sorang doktor. Aqeel dirawat 11 hari pun baru kena RM148.50 di NICU ni. Tapi invoice akan tunjukkan harga full payment sepatutnya dan berapa yang ditanggung kerajaan. Haaa...
Pastu kisah tanya beranak kat mana...doktor apa yang rawat semua tu..so ada lah yang cakap dia pun pernah lahirkan anak di Azzahrah dan gynea dia siapa aku lupa pulak padahal kenal..then anak seterusnya dia pun nak la try beranak kat Andorra tu. Dia beranak normal je tapi kena jahit tu sakit lak katanya..dia pun kata gynea kat Azzahrah tu jahit tak rasa apa. Dah siap je tiba2. Ok aku cerita pasal gynea ni sebab apa kau perlu yang bagus. Yang dah serasi. Aku pun masa anak kedua ingat nak beranak je kat gomen tapi aku memang risau sangat pasal aurat. Sebab aku dah tak kerja kan. Kesian lak ke laki aku. Lagipun dia baru masuk kerja ofis baru jadi dia tak dapat banyak faedah lagi. Masa Aqlan, alhamdulillah ofis dia ada bayarkan juga untuk rawatan bersalin semua tu. Aku pun dapat claim PruLady insurance. Ingat ya boleh claim untuk sekali je beranak..so masa Aqeel ni agak struggle sikit. Tapi disebabkan aku dah biasa dengan gynea ni, aku pilih juga Doktor Noraini.
Dulu aku tak percaya kalau beranak czer lagi akan kena belah tempat sama... mengejutkan walau tempat sama tapi tak sakit macam kali pertama beranak czer. Jadi sebab tu aku relax je jalan kaki laju2 jauh juga nak masuk NICU Serdang dari main lobby. Memang aku tak berpantang. Ya rahim aku ada jatuh selepas beberapa bulan. Siap buat urut tolak rahim...sakit nak mati tapi buat jugak ya demi kesihatan.
Bila ditanya dah berapa hari kat sini, mereka maksudkan anak tu dah berapa hari dirawat dan sebab2 apa..aku sampai tahap dah malas cerita...Aqeel sebenarnya agak lama. Aku boleh kenal muka mak2 ni. Bertukar setiap 2-3 hari. Masa kat sini terasa panjang sangat.
Masa tu bulan puasa, mak2 ni selama jelah makan kan..ada bawak balang kuih raya lagi. Hahaha. Tapi aku selalu dibekalkan nasi oleh mak angkat. Takpun laki belikan. Pastu nak makan malu jugak tapi kita manalah puasa tengah pantang kan. Aku tetap makan kat kantin. Tak makan lapar woo..selalu aku tiba jam 2 petang balik jam 7 malam. Sebab laki akan ambik lunch hour dan balik kerja dia ambik balik.
Ada yang tanya kenapa tak tidur sana. Aku hari2 tanya masa mula2 lewat Aqeel. Last2 aku dah tak tanya. Aku dah malas. Lagipun aku sendiri nak rehat. Nak mengurut. Biarlah nurse jaga anakku. Nurse pun suruh balik mengurut dia tengok aku punya rupa dah keletihan sangat.
So ada kisah kelakar sikit diceritakan oleh penghuni wad ibu bersalin di NICU ni. Ada satu katil tu patah. Rasanya sebab saiz ibu tu. Aku dengar2 je. Takdelah nak tokok tambah atau gelakkan. Aku dengar tu pun senyum jelah. Karenah kan dah macam duduk asrama. Katanya air panas tak berfungsi ke takde air panas..entahla..mak2 kan mana boleh kena air sejuk nak mandi. So ini pun jadi sebab aku tanak duduk wad. Ye aku perlukan keselesaan. Aku penat. Mujur sangat aku tak meroyan. Beranak. Anak tak ikut balik sebab masuk NICU. The feeling is tak boleh describe lah.
Ada je mak2 yang rupa tu aku rasa sebaya aku atau lebih tua. Entahlah. Tapi ada je bahasakan diri kakak. Aku bahasakan saya je. Hahaha. Aku bab umur ni tak penting tapi respect dan beradab tu lagi penting. Kalau kita dah berusia pun tapi tak respect orang muda dan harap orang muda semua respect dan dengar cakap kita walau kita salah lakunya, aku tak setuju. Pada mak2 muda2 ni aku harap bertabahla. Suami semua macam tak reti pun ada.
Aqeel dah setahun 4 bulan mengikut bulan hijrah. |
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.