The Caravan Cafe, BBB

Kami ke sini sebab Romah Terlajak Laris tutup pulak hari ni. Banyak juga kedai makan dah tutup masa kami sampai. Memang tutup hari ni saja ke atau tutup terus tatau la. Dah jam 8 lebih pun masa tu.

Cuba order makanan yang mesra kanak2. Means tak pedas la. So ayam buttermilk it is. Siap pesan jangan buat pedas sebab nak bagi budak makan. Sekali sampai tetap pedas so Aqeel tak boleh makan. Kesian.

Aku pesan Nasi Ayam Penyet. Adalah sup. Kot boleh bagi Aqeel. Pedas juga rempah ratus dia. Kesian budak tu..

Last sekali pesan Pavlova baru dia dapat makan. Tu pun dia makan kerak je sebab dia tak suka krim. Haishhhhh...kenalah cari makanan lain untuk dia bila otw balik ke rumah nanti.

Laki makan koay teow je. Aku pun ada gak order strawberry mint..laki air kosong je.. overall kena RM70+. For me, lepas ni tak datang dah kot for casual food. Cake bolehla..

Laki cakap selalu farewell company dia buat kat sini

Nasi ni tak sesuai dengan harga yang dicaj

I prefer ayam yang moist di dalam walau digoreng garing

Ayam buttermilk tak sempat ambik gambar. Pemakan dia je sempat kita ambik.





Nasib budak2 ni tak mintak belon. Ada celebration birthday la.

Pics by S7.

0 comments

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.