Parents mana tak lega anak dah boleh discaj. Setelah bertahun mengadap doktor pakar setelah diwadkan dalam NICU. Siapa anak dia masuk NICU je akan faham perasaan tu.
So hari ni ada 2 appointment dengan 2 doktor pakar. Satu audio dan satu lagi paed. Kali ni klinik paed berubah tempat. Menumpang di klinik pakar lain sebab ada renovation. Khas untuk jantung atau cardiology di pakar klinik tulang. Aku masuk situ dulu sebab tak tahu kan. Malu bertanya sesat jalan.
Dah daftar di paed terus ke audio. Sebab ramai kan..jadi kitaorg dinasihatkan nurse di paed untuk ke audio. Daftar di audio tak lama sangat terus kena panggil. Sempatla Aqeel round2 kawasan 2x. Dah macam menteri lak budak ni.
|
Pagi datang pakai baju sama dengan abang dia..tukar baju sebab main air botol. |
|
Klinik CRC |
|
Asyik jadi Pingu je |
Masuk audio pun kejap je duduk dalam bilik menyusu dah kena panggil. Aku mengantuk siap tertidur. Elok Aqeel pulak yang main2. Kali ni masuk bilik audio tak perlu tidur ke apa macam last year. Dalam bilik ni tak boleh ambik gambar. Tapi aku lihat sendiri proses doktor pakar dan pembantu untuk lihat perkembangan deria mendengar Aqeel. Diorang pasang satu alat ni seperti satu kotak hitam, didalamnya ada patung berpusing dan mengeluarkan bunyi dan cahaya. So bila Aqeel diberi main diorang pasang nak tengok reaction cepat ke lambat. So cepat je.
Dah siap dalam 10 minit kot masuk bilik lain untuk test pendengaran lagi. Diorang masukkan alat dalam telinga Aqeel. Ini untuk prosedur boleh discaj ke tak. So bacaan telinga kanan ok. Telinga kiri paras 20..tapi bukan bahaya. Aku pun tak faham. Tapi doktor cakap bila Aqeel dipanggil dia pusing kepala means dia takde masalah pendengaran la. Tindakan dia terhadap bunyi2an tu yang penting.
Siap kena discaj...lega. Masuk ke klinik Paed pulak. Tak lama juga kami dah kena panggil. Aqeel ni kecil. Sama je macam kata nurse di KKM. Berat dia tak sepadan umur. Jadi kena datang lagi sebab nak pantau BMI dia. Aqeel dah 8kg. Tapi umur dah nak masuk 1 tahun 4 bulan. Sepatutnya 9kg. Doktor terangkan kenapa Aqeel perlu rawatan audio test sebab masa di NICU, sekiranya dia menerima dos antibiotic melebihi 3x maka akan jadi toksin pada tubuh dia jadi doktor risau akan berlaku kerosakan pada organ dalam seperti otak la. Penerangan dari doktor Paed bukan audio. Hehe.
Jam 12 kami dah settled. Fuhhhh paling cepat kata laki aku. Dia pun macam tak percaya. Selalu kami sampai ke petang duduk klinik pakar. Ok balik terus pergi cari makan. Lapar wehs..
|
Kedai cina Muslim Haslinda sederet dengan Sasuke di BBB. Carrot susu.. |
|
Aqeel sebenarnya baju sama Aqlan. Senang nak cari kalau terlepas pandang di tempat awam |
|
encik zcat nak jadi YB hari ni |
|
All time favorite. Labu masak garam dengan telur masin |
|
Food orang lain aku tak tangkap. Haha. |
Semoga Aqil cepat sihat...comel betul dia..
BalasPadamTq SA. Dia sihat dari luaran. Dalaman kami memang harap sihat jugak..
Padam