Ahad, 23 Ogos 2020

كهيلڠن تمن هيدوڤ

Kehilangan Teman Hidup, Bilakah Giliran Kita?

Sedikit sebanyak persoalan ni akan muncul jua. Ada yang tak bersedia langsung. Ada yang bersedia. Jika selama hidup bersama kita amat bergantung pada teman hidup kita, kehilangan tu pasti pedih sekali. Apa pun siapa yang menghadapinya sudah tentu lebih merasai peritnya.


Kita yang mendengar berita pasti akan terasa bila giliran kita? Mati bersama ke? Mati dalam tempoh terdekat ke? Mati muda? Mati ketika anak2 masih kecil? Mati dengan tak tahu apa2 sebab semua pasangan sediakan?

Kawan baik sama2 belajar 20 tahun lepas baru kehilangan suami. Aku sudah agak berdasarkan panggilan telefon terakhir aku kepadanya. Namun aku tak tahu nak bereaksi. Kawan tu pun tak terluah bahawa suaminya tengah nazak.

Suaminya pergi meninggalkan anak berusia 11 dan 7 tahun. Dua2 lelaki. Kawan aku muda lagi baru 39 tahun. Aku sebenarnya sangat sedih. Sebab aku pergi majlis kenduri kawen mereka. Aku banyak mengunjungi rumah mereka ketika aku masih bujang. Ha kan kerja nak makan sedap kat rumah kawan, masa tu lah.

Namun aku tahu kawan aku ni sudah bersedia...suaminya telah mengatakan bahawa hidupnya tak lama..cuma kadang2 kawan aku ni buat2 tak mengendahkan. Kehilangan teman hidup sangat pedih. Aku harap kawan aku tetap tabah, tetap kuat. Dia sudah banyak hadapi ujian yang berat. Allah sayangi dia. Aku sendiri belum tentu mampu menghadapi ujian seperti yang pernah dirasainya. Mati bukan ujian yang aku maksudkan. Mati itu pasti.

Al-Fatihah untuk Kamal Bin Othman.

4 ulasan:

  1. Kalau boleh tak nak fikir hal ni. Memang sakit kehilangan pasangan. Tapi Allah maha berkuasa dan menentukan segalanya. Ia akan mengambil masa untuk kembali dari bersedih. Apapun harap semua yang dalam situasi macam ni lebih kuat dan semoga dipermudahkan segala urusan. Aaminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga bercakap pasal kematian dengan suami. Tapi kalau kita mati dulu, waktu anak2 masih kecil memang suami akan rasa sedikit kesukaran. Kalau kita pula yang kena jaga budak2 ni, nak tak nak kena cari kerja..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.