Setelah 3 Tahun Baru Period
Nah...mahu tak terkejut tiba2 datang. Last sekali mestilah sebelum mengandungkan Aqeel..hmmm.
So memang ada aku tanya doktor masa last visit demam...Doc cakap kalau menyusu memangla tak datang bulan. Tapi aku punya kes nak 3 tahun beb..so bila datang bulan ni aku macam beremosi sikit. Dah hari ke-4 lagi la aku macam2 perasaan..dengan sakit sendi nak demam pun ada.
Tak period pening..dah datang period pun pening.
Hari 1st memang takde mood nak masak. So ke rumah mak angkat kat LP8 nak bagi dia bundt kek. Nak balik dia tahan pulak suruh tunggu dia masakkan sup Kerbau untuk kami anak beranak.
Hari Sabtu makan nasi kandaq Kampung Melayu. Cam biasa kirim dengan Mamu beli kat Penang nun. Bayar upah la. Kali ni share beli dengan Reen so ke rumah dia pulak hantar food.
Tapi sebelum p collect nasi kandaq sempat pergi Super Save dan Watson's. Masuk Watson's bawak Aqlan. Kesian kat dia dah lama tak masuk kedai. Aqeel tak bolehla masuk..
Hari Ahad sampai ke Shah Alam masuk Decathlon beli kasut untuk budak2. Memang beli untuk depa je. Aqeel dah lama tak masuk mall apa lagi dia punya lari tu laju mencecet. Puas gak cari kasut sambil nak mengejar budak. Bila dah dapat kasut cepat2 sarungkan kat kakinya supaya dia calm down kejap. Pastu cuba cari kasut lain. Elok dia siap pakai abah dia sampai...depa 2 beranak p tandas..so aku kena cepat bertindak.
Abah dia lak kena jaga Aqeel apa lagi budak tu ajak turun naik escalator la. Masa tu aku cari kasut untuk Aqlan pulak. Aqlan kaki dah besar pakai saiz 30 dah. Aqeel saiz 22 atau 23.
Nak jamu mata pun tak dan. Siap pilih aku terus angkut Aqeel bawak ke kereta. Laki yang settled selebihnya.
Dalam kereta laki cakap kenan satu kasut tapi tak dan nak pilih. Sebab orang pun makin ramai. Kami first time masuk mall dengan anak2 semenjak PKP. Eh Decathlon ni besar gila tak habis round la.
Ahad, 16 Ogos 2020
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
fuhhh lama juga tu kak. Banyak aktiviti jalan jalan kesana kemari tu. Okaylah terapi diri juga :)
BalasPadamEmosi bercampur tak tahu nak cakap. Mentua pula usik haa boleh mengandung lagi kalau tak potong. Erk..
Padam3 tahun xde period., mesti abam tu saspension je khannns .. ;p
BalasPadamDia ok je...haha..bila period dia la paling lega pun.
Padam