Rabu, 17 November 2021
Ahad, 27 Jun 2021
Tak Rajin
Jadi apakah yang rajinnya?
Klik2 kat butang Shopee or WhatsApp or Instagram. Sorry Facebook memang aku malas nak klik2. Telegram pun aku tak suka join group..cukupla group family, sekolah agama anak dan personal shopper yang jarang update. Haha.
WhatsApp selalu tengok group sekolah rendah anak ..Isnin Jumaat kerja sekolah kat situ...group khas adik beradik sahaja tanpa ipar duai or anak buah..group sekolah menengah ada la follow kang senyap pulak tatau cerita kawan2..tapi group ofis lama memang tak join..aku keluar sejak bahang PRU 2018. Tapi kawan2 kat Petrosains..ex volunteer tu memang aku join. Hahaha..kadang2 aku baca je. Aku ni memang malas nak berbalas mesej sangat. Juga jenis tak tanya khabar selalu. Aku introvert tahap gila.
Agak2 dengan perangai introvert aku ni ada kawan2 or kenalan yang makan hati. Dahla PKP lagila aku tak pi menziarah. Kalau tak dulu2 aku suka tiba2 datang. Tapi call la..cuma bila lalu kat satu2 tempat yang aku tahu kawan aku duduk situ mulalah aku call tanya2. Laki aku je nasib nak layan aku ke tak..selalu dia layan je..dia tau sebab aku ni susah nak berkawan..so kalau aku nak jumpa tu kira special la. Haha.
Aku rindu kawan2 baik aku..memang tahu rumah diorang kat mana. Kecuali kawan sekolah menengah aku tahu rumah parents diorang adala..tu pun tak semua...dah dulu kerja p makan rumah orang tu kan.. muka tebal 14 inchi.
Kadang2 aku rasa aku ni jenis take for granted person ke Atau aku ni mind own your business? Sebab aku macam tak peduli semua..kau cerita aku hadap je..mati kat situ kisah kau..paling2 aku cerita kat laki aku. Kalau cerita tu terlalu peribadi aku diam je..aku cerita kat laki bila perlu.. dah tu dia je kawan sebilik aku 😅.
Aku rasa most annoying thing ialah kita ni mengumpat pastu terjadi fitnah. Aku ni nak elak sangat benda2 ni..la ni kat media social pun orang mengumpat. Dah tu aku baca komen tak reply pun kira dah mengumpat dalam hati? Tulah sebabnya aku ni malas nak pergi jenguk2 sangat social media tu. Baik aku tekan butang gembira..esok2 barang sampai.. haha. Pitam.
Oklah aku suka layan Reels kat IG sekarang ni. Blog aku ni pun tak lama lagi dia akan kurang pengunjung sebab aku dah start malas nak buat entry. Aku pun tak pergi baca blog orang dan komen2 so tak berharapla..
Apa pun sedihla akaun Nuffnang tak sempat cash out duit nak dekat RM100 juga. Apa dah jadi ek..aku pun dah malas fikir...baik baca buku cerita la.
Aiskrim ni sedap la...berebut dengan anak. Camner..
Sabtu, 1 Mei 2021
Istihadah Dan Haid
Rabu, 20 Januari 2021
Abangku Yang Ke-3 Telah Meninggal Dunia
Seminggu sudah berlalu. Aku masih teringat2 cara kematiannya. Aku masih ingat adik aku call suruh datang cepat ke kediaman abang. Dia juga hantar gambar abang.
Abang aku telah meninggal dunia. Keseorangan. Tapi Allah telah gerakkan hati adik aku untuk ziarah dia petang tu selepas balik kerja. Adik mesej kami dalam group adik beradik bagitahu dia nak ziarah tapi tak bawa kunci. Hampir kami semua adik beradik ada kunci rumah abang sebab dulu mak tinggal dengan abang.
Abang aku pun sebenarnya dah balik tinggal di Koyan. Dijaga oleh kakak aku. Tapi sebelum PKPb dia balik ke rumahnya. Dia mahu tinggal dirumahnya. Masa tu mak pun nak ikut tapi aku tak bagi. Sebab abang pun tak berapa sihat nak jaga mak. Abang aku masa tu dah kena mild stroke kat muka dia. Sebab tu kami risau juga dia balik rumah dia dan tinggal bersendirian. Tapi katanya kawan2nya ada untuk tengokkan dan tolong dia. Tak siapa dapat pujuk dia balik untuk tinggal di Koyan semula. Yang memang rajin jenguk abang aku ni adik aku. Dia pandai layan..selalu bab2 motor la. Diorang ni kaki motor. Maksud aku beli belek..pastu beli lagi belek lagi..haha.
Sesampainya adik aku dia ketuk2 pintu tak berjawab. Puas dia ketuk last2 dia minta jiran abang aku pecahkan pintu grill. Pintu kayu tak berkunci. Dan masa tulah adik aku jumpa abang seperti sudah tak bernyawa. Adik call dan kata "abang lut macam dah tak ada..."
Aku masa tu baru lepas habis makan. Terus naik bagitahu laki aku. Laki aku pun dah rasa semacam..dia tengah mengaji. Jadi kami terus gerak lepas Isyak. Aku pulak nak kena hantar anak2 ke rumah mak angkat minta dijagakan sekejap.
Kami sampai masa tu polis dan ambulans sudah ada. Orang penuh. Kematian mengejut. Adik aku pun sudah ke balai untuk buat report. Keadaan agak kelam kabut bagi aku. Katanya forensik nak datang untuk cek sekiranya abang aku dijangkiti covid19. Sebab prosedur akan jadi berlainan. Aku naik atas tengok anak buah lelaki aku sudah menunggu. Kami tak boleh berbuat apa. Tak boleh alihkan abang yang terbaring atas katil, kedua2 belah kakinya jatuh ke lantai. Nak tutup pun tak boleh. Orang makin ramai datang nak tengok dia. Seorang kenalannya datang minta ditutup badan abang tapi kami tak dibenarkan usik apa2. Lama2 polis naik dan halang semua orang dari naik ke rumahnya. Satu keaiban bagi abang aku. Tapi abang aku lengkap berpakaian.. cuma saat2 akhirnya di dunia mungkin struggle dengan sakit yang amat sangat sehingga keluar darah dari mulut. Aku terkaku sekejap.
Kemudian aku sudah pening kepala. Aku perlu balik ambil anak2 di rumah mak angkat sebelum jam 12 malam. Esok PKP kedua pula start di Selangor.
Tarikh kematian abang aku...12 Januari 2021. Selasa. Dianggarkan jam 8.30 malam. Tapi aku rasa lebih awal. Sebab adik aku mesej jam 8.35 malam dan sebelum tu dia dah puas ketuk pintu rumah sebelum akhirnya berjaya pecahkan selak mangga pintu grill. Anggaran kami abang aku sempat buka lampu dalam rumah sebab abang aku bukan jenis on lampu awal2 lagi.
Kawan2 abang yang datang pun bagi macam2 maklumat. Katanya abang aku sakit kepala minta belikan panadol sebab dia dah tak boleh bawak motor ke kedai. Mereka juga ada yang keluar lepak2 dengan dia hari Sabtu. Hari Ahad abang aku start sakit kepala yang amat sangat. Mereka nampak dia di kedai untuk beli panadol. Aku ambil maklumat yang hampir tepat je. Berdasarkan pil2 atas meja..abang aku memang sakit kepala dan makan panadol. Kemudian dia ke tandas. Lepas tu masuk biliknya. Kemungkinan diserang sakit jantung atau stroke dan kali ni..Allah lebih menyayanginya. Dan cukupla sudah dia sakit di atas dunia ini.
Aku akhirnya balik. Sempat ambil anak sebelum jam 12 malam. Tapi masa otw balik ke rumah memang dah lebih masa. Jarak 8.5km ke rumah aku dari rumah mak angkat. Tapi laluan takde kelibat polis peronda.
13 Januari 2021 laki aku ke balai polis untuk ambil surat. Hari ni kami nak ke pengebumian jenazah. Cerita anak buah aku forensik datang dalam jam 1 pagi lebih. Mereka siap berpakaian PPE. 5 jam untuk tunggu keputusan covid19. Adik dan anak buah balik ke rumah masing2. Kepenatan. Abang sulung pula sesudah subuh bertolak dari Raub naik motor. Semuanya macam tak terjadual dah. Kakak sulung aku minta kakak di kampung bawakan juga mak untuk kali terakhir melihat abang. Kami masa tu memang chat dalam group family tak henti2. Risau abang ada covid19. Mak tak boleh tengok jenazah. Mak warga emas dan macam2.
In the end...abang aku bebas covid19. Jadi tak perlu post mortem juga sebab ada report kesihatan. Sebelum ni abang aku dah beberapa kali masuk hospital Sungai Buloh sebab darah tinggi. Jadi jenazah dilepaskan dan dimandikan di surau berdekatan rumah dia. Nak dijadikan cerita..abang aku baru buat khairat kematian 2 hari sebelum dia meninggal. Ya Allah..hati dia sudah tahu ke? Sepatutnya juga ada jenazah lain yang perlu dimandikan dulu..tapi sebab ada proses tak lengkap, abang aku dapat turn. Anak2 buah yang mandikan kata proses mudah sangat. Mandikan pun mudah. Darah merah masih mengalir walaupun selepas dikafan.
Hari pengebumian, aku dan laki hantar anak2 ke rumah adik ipar dulu. Siap belikan makanan. Tak mahu susahkan orang. tak tahu berapa jam kami akan luangkan masa...jadi kami yang terakhir tiba. Kemudian tunggu punya tunggu rupanya salah tempat tunggu. Kawasan pengebumian abang aku atas lagi. Nak marah pun tak boleh..tu pun lepas call anak buah. Mesej2 semua tak dibalas. Jadi masa tiba, talqin sedang dibaca.
Tempat salah |
Yang betul |
Abang aku ni duda tanpa anak. Tapi masih baik dengan bekas isteri. Aku rasa macam diorang nak berkawin balik pun ada. Tapi Allah lebih tahu rahsia mereka. Jadi masa pengebumian, anak saudara bekas isteri abang aku pun datang ziarah.
Raya Haji yang lepas |
Abang aku, tiada hutang duit...rumah sudah siap bayar habis lepas dia keluarkan EPF semasa umur 55. Kereta dan motor pun dah settled. Senang betul ajalnya sampai. Sempatla dia beli motor kegemaran dan ride dengan kawan2. Aku rasa dia tiada kekesalan. Cuma aku je kesal sebab kadang2 tak faham dengan keinginan sebenar dia..kenapa dia nak tinggal di rumahnya berbanding tinggal di Koyan..Betul2 3 bulan sahaja dia tinggal sendirian.
Laki aku cakap kita ni, mati memang sendiri. Walau adik beradik ramai, kawan2 ramai or ada anak2 akhirnya kita kembali bersendirian. Bersediakah kita?