Sabtu, 1 Mei 2021

Istihadah Dan Haid

Bila belajar bab Feqah memang ni satu bab yang wajib diketahui perempuan dan lelaki. Perempuan semestinyala wajib sebab dah tentu akan kena haid.. Lelaki pula kena ambil tahu sebab bila dah berumahtangga, bukan pasal emosi perempuan je kena tengok tapi dah tentu tak boleh ada hubungan kelamin dengan isteri tu bila dia dalam haid. 

Aku tanak cerita panjang..cukupla penerangan dari orang yang arif.. cuma nak cerita pengalaman aku sendiri je. 

Sepanjang aku hidup ni belum pernah kena istihadah berhari2.. istihadah ni darah penyakit ya.. mean darah yang keluar lebih dari waktu haid iaitu 15 hari 15 malam. Meaning waktu haid paling pendek 1 hari 1 malam. Normal 7 hari dan paling maksimum 15 hari 15 malam la. Waktu suci dari haid juga ialah 15 hari 15 malam minimum. Jadi kes kalau belum sampai 15 hari 15 malam waktu suci dah datang balik period tu..tak dikira haid tapi istihadah. Jadi bila istihadah kenalah wajib buat ibadah solat dan puasa di bulan Ramadhan. Cuma setiap kali nak solat kenalah membersihkan diri dan tukar pad tu setiap kali. Ibadah sunat lain boleh dibuat. Sila rujuk penerangan dari blog mufti wilayah. 

Kes istihadah jadi kat aku. 1st Ramadhan tahun ni dah period. Tapi belum cukup tempoh suci..2 hari aku kena puasa dan solat macam biasa...kena tukar pad setiap kali solat tu memang dibuatla... walaupun pada waktu pendek antara maghrib dan isyak. Exhausted tu lain sikit...sebab period 1st dan 2nd day memang banyak..puasa lagi.. tak cukup air tapi relax dan chill ajelah. Laki cakap dugaan...sabar. 

Bila hari ketiga Ramadhan, period aku pun dah dikira haid jadi takla berpuasa. OK...pada hari ke tujuh period ends so mandi wajib...dan boleh la puasa. Kemudian sahur la..tiba kena period balik padahal aku dah cek memang dah bersih. Bab cek ni kenalah guna kapas kata orang dulu2..aku pakai putik kapas jelah senang.. And berlakula sampai 4x mandi wajib barulah aku baru betul2 dapat berpuasa. 

So ada hari aku dapat puasa penuh tapi esoknya period balik jadi kena ganti puasa tu tau. Total 12 hari aku kena ganti. Hahaha..aku gelak kat diri sendiri sebab inilah first time dalam hidup aku kena ganti puasa dengan banyak. Biasa tak kena period bulan puasa..Kalau kena pun tak la banyak kena ganti..kira kalau puasa 6 tu sap sap soi je memang habis ganti puasa juga. Ini kali ketiga aku alami period putus2 ni. Bukan bleeding banyak..tu kalau berlaku kena jumpa doktor la. Jumlah dia cuma setitis dua..macam main cak cak.. kejap ada kejap takdak. Kakak aku cakap itu tanda2 nak menopause. Awalnya wak..aku baru 44 tahun ni..haha..

Ada juga aku baca sebab aku tak period lama jadi bila dia keluar berhari2 tu sebab badan tengah nak bersihkan darah lama. Tempoh dari aku mengandungkan ke Aqeel sampai nak period pertama kali tu 3 tahun..lama kan.. Aku pulak lepas tu bulan ketiga aku start makan tneeq keluarkan Rizalman. Start dari tu period aku memang tak miss. Cuma tiba2 kali ni berhari2 pulak datangnya. Aku makan 60 biji je..lepastu aku dah makan vitamin C je..Serius nak maintain tneeq tu kena ada duit banyak sebab aku tak mampu nak beli harga asal...tunggu sale aje..dah tu kena berebut pulak beli kat website. 

Oklah dah melalut pulak. Harap perkongsian ni sedikit sebanyak ada manfaatnya. 

Istihadah 

Darah keluar lebih dari tempoh haid atau tempoh suci dari haid iaitu 15 hari 15 malam. 

Puasa Ganti (contoh) 

6 hari haid
1 hari suci dan mandi wajib 
2 hari haid 
1 hari suci dan mandi wajib 
2 hari haid 
Suci sepenuhnya dari haid dan mandi wajib 
Maka 12 hari kena ganti puasa walaupun ada hari tu dah mandi wajib dan berpuasa. Tetapi sebab ia berlaku dalam tempoh haid 15 hari 15 malam..maka wajib ganti puasa.
Ini ilmu masa belajar di sekolah lagi. La ni praktis sebab baru kena. Kadang2 aku fikir Allah bagi aku pengalaman ni sebab nak uji adakah aku akan beramal dengan ilmu yang aku pelajari. Ilmu tanpa amal sia2. Amal tanpa ilmu, gila - kata2 Imam Ghazali.

4 ulasan:

  1. sex education camni la patut diajar disekolah.. tapi tu lah 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkara ni cikgu boleh ajar secara bersahaja..masa dapat ilmu ni dekat kaki lima sekolah je..masa tu berbual dengan kawan2 dan ada ustazah syariah lalu..maka terjadilah perbualan itu.

      Padam
  2. Pernah dulu istihadah masa matrik. Memang cuak betul masa tu sebab tiba-tiba darah warna hitam then sejuk

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.