Dah 2x pun install dan uninstall. Now I rasa overwhelmed? Unsure? Anxiety?
Pasal Anxiety ni zaman2 kena naik pentas ambik anugerah pun aku dah berdebar2 dan shaking. Kalau tulis kat papan hitam sebab kena jawab soalan pun takut. Apa segala la mendebarkan.
Adakah aku oversharing perkara tertentu? Maybe basic sudahlah macam shopping haul. Selam sana sini barang murah. Contoh.
Aku bukanlah jenis suka share semua benda kat media sosial. Sebenarnya aku ni suka share benda2 best beli barang ni sejak zaman sekolah lagi. Aku beli rasa best aku share.
But ada 1 kejadian bulan lepas waktu pergi mendapatkan jeruk buah zaitun yang dijual murah ada 1 event yang tidak menyenangkan. Semalam aku baru cerita di Threads. Post tu macam blow out. Aku terus delete pagi ni. Padahal dalam waktu yang sama aku ceritakan benda yang orang perlu tahu sebab dia untuk kemaslahatan umat. Nampak sangatla aku tak tahan dengan persoalan2. Aku tak kuat ek.
Now isunya adalah berkenaan pet boleh dibawa ke dalam mall tertentu. Aku dah alami kejadian terserempak dengan kejadian owner bawa pet ni dah lama. Ada yang bubuh dalam troli. Ada yang letak atas kerusi makan manusia. Yang blow up semalam sebab owner bawa pet dia kencing dalam tandas OKU. Ni bukan mall besar dan meriah. Ni tempat sendu je. Aku pergi shopping tempat sendu sebab orang tak ramai nak rebut barang dijual murah. But dah tentulah aku tanak guna dah tandas tu selagi tak kena sertu. Tapi tak dimaklumkan pada cleaner sebab aku takde kat situ. Yang nampak husband aku. Dia yang cerita dengan emosi 😡.
Hari tu Jumaat. Aku baru balik dari perjumpaan dengan guru kelas anak. PBD kan. So tempat tu di TTBJ. Biarlah aku simpan nama tempat ni.
Nampak gaya kat sinilah tempat aku buat cerita harian semula. Kalau rajin. Kalau...
Selain dari beli jeruk murah aku juga beli Tumbler ni sebab murah. Adeh.


























