Rabu, 6 April 2016

Sungai Koyan Kampung Berhantu?


Sumber Kosmo.

Hahahaha. Kalau aku cerita pasal hantu memang akan panjang isi blog kali ni. Banyak pengalaman dari ahli keluarga sendiri. Aku pun?

Masa kecil bila kakak2 dan abang  cerita kita masing2 jadi penakut. Nak pergi jamban pun berteman. Siap ugut2 kalau tak teman sekarang nanti time kau aku tak teman. Gitulah.

Yang paling aku ingat...cerita tu...

Nak pergi jamban minta teman. Dah tak tahan terus pergi lepas kejut sekali. Dah keluar jamban yang temankan tu memang muka adik-beradik tapi mata merah senyap je. Jalan laju2 masuk bilik tengok elok je member tu tidur. Siapa yang teman tadi hoi? Ni cerita kak dewi.

Pastu ada pulak yang cerita tengah tidur lengan terkeluar dari katil ada pulak kena raba dengan tangan berbulu. Weiii sejak tu aku pastikan tangan aku tak jatuh terkeluar dari katil. Takut gila. Ni cerita kak ma.

Ada sekali tu pulak diorang balik mengaji ada pulak momok tunggu kat pokok ceri depan jalan nak masuk rumah. Rumah kami atas bukit. Zaman tu pakai lampu generator. Jam 7 petang sampai 7 pagi je letrik ada. Diorang pergi ngaji jam 6.30 petang balik lepas Isyak pakai torchlight. Seramlah..sampai satu tahap arwah bapak aku tebang pokok tu sebab aku selalu rasa seram bila tengok waktu malam. Kat situ ada buaian tayar. So ko fahamlah kan.. Tapi anak pokok dibiarkan...huahua..

Cerita mak pulak masa pregnant nampak askar jepun tanpa kepala tengah buat perbarisan atas jalan depan rumah masa nak balik dari borak2 kat rumah jiran. Juga ternampak momok tanpa kepala jalan2. Masa tu mak tengah mengandungkan arwah kakak aku.

Pasal yang aku alami sikit2 je. Tapi sekali tu tengah tengok TV pastu rasa ada yang main buai bawah rumah. Buaian kain kembes arwah bapak pasang bawah rumah. Atas tu tempat kami tengok TV dan tempat tidur kami ramai2. Ciss siap turun rumah pergi tengok nak pastikan. Masa tu ada abang bad juga. Hahaha.

Ada masa aku dengar orang main congkak. Tak tahulah ni perasaan aku ke tak. Tapi masa tu zaman aku dah remaja. So aku tak penakut sangat berbanding zaman kanak2.

Tahun 1986 ke selepas tu ada berita pasal bekas ketua darjah aku sekeluarga pindah Melaka sebab tak tahan diganggu dengan hantu Jepun. Zaman tu berita Bacaria. Seram okay. Katanya ada kubur Jepun bawah rumah dia.

Dah itu jelah setakat ni aku type. Penat pulak. Apa pun aku banyak habiskan masa sekolah duduk asrama penuh jadi pengalaman kat asrama lagilaaa.......aiyakkk.

6 ulasan:

  1. pernah dgr nama sg.koyan,mcm perkmpung org asli klu tak salah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang asli temiang duduk ulu. Sg. Koyan yang dimaksudkan ni Felda...rumah mak bapak kita.

      Padam
  2. Setakat ni Alhamdulillah tak terbuka lagi hijab melihat alam satu lagi tu.

    BalasPadam
  3. chef wan, wan mansor, lahir dekat sana, maknanya diaorang oun orang asli ke? sebab saya pun lahir dekat sana -_-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chef wan bukan lahir di Koyan. FELDA Sungai Koyan 2 dan 3 adalah penempatan untuk bekas2 askar yang kebanyakannya dari post di Majidee Camp dan Woodlands.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.