Jumaat, 18 Ogos 2017

Alter Baju Lagi, Buat Extension Lengan

Selepas berjaya alter baju kemeja kaler hijau tu, kali ni aku alter baju kaler hijau jugak..haha suka hijau apa boleh buat. Baju ni ialah dress lengan pendek dengan skirt sampai lutut. Konon nak bergaya la nanti dengan seluar panjang. Tapi nak pakai inner tak sanggup. Panas.


Baju ni kain dia tebal. Beli lama dah di Uniqlo. Harga baju dibeli RM39.90 je. Tapi sekali tu aku tengok kat website Uniqlo jual RM129.90. Aku pun tak faham. Selalu je terima updates dari Uniqlo pasal sale ni. Tapi aku tetap suka beli di kedai. Kalau korang perasan harga baju Uniqlo lain branch lain jualan murah dia. Paling rare kena pergi Fahrenheit la. Situ baju lama2 semua ada. Kot ada perangai nak pakai fesyen lama je kan.


Extension aku potong dari kemeje lengan panjang yang aku tak muat nak pakai dah. Zaman kerja banyak kemeja. Kurus. La ni sedap je badan tu keja nak melebar je.

Ok mula2 pakai kemeja tu dan baju yang nak ditambah lengan. Ukur panjang dari pergelangan tangan ke jahitan kelepet lengan baju yang nak ditambah. Saiz aku nak tambah dalam 10.1 inci. Tapi aku potong sepanjang 12 inci untuk basi kelim.

Cara2 buat extension lengan pendek.

Buat ukuran betul2 sebelum nak potong kain. Measure 2x cut 1x. Ingat tu.

Pastikan lebar kain yang nak ditambah lebih sikit dari lengan baju tu. 

Pin siap2 supaya tak teralih ukuran yang telah ditanda.

Nak jahit memang payah sikit. Kena pandai cari angle yang betul.

Siap sudah. Bolehla bergaya.
Selamat mencuba. Kalau hantar kat kedai tatau berapa caj sebab alteration lagi susah dari jahit baju baru. Sebab nak ikut warna benang, alur jahitan dan kelepet supaya tak kelihatan seperti di alter.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.