Rabu, 30 Ogos 2017

, ,

Kalau Tak Puas Hati, Alter Je

Tahun ni aku banyak menjahit baju. Samada baju untuk laki, anak, diri sendiri dan mak mertua.

Since mak mertua tak puas hati dengan jahitan tailor di Bangi tu, disuruhnya aku jahit baju2 dia. Tu pun kadang2 aku juga yang control jenis kain apa dia nak beli untuk aku jahit. Aku tanak jahit kain lembik2 dan licin2.

Satu - sebab aku susah nak potong. Dua - aku takde mesin jahit tepi jadi nanti berbulu2...benci pulak aku tengok. Sebab aku pentingkan kesempurnaan. Mesin jahit aku ada 3 jenis jahitan tepi tapi sebab 2 benang je jadi aku rasa tak best. Haha...ada niat nak beli mesin jahit tepi. Gigih kumpul duit tiap2 bulan. Patut dah dapat beli pastu gatal kan ada je shopping.

So adalah beberapa helai baju aku dah buat dah pakai dan aku tak happy. Sebab aku rasa macam besar sangat..dan macam2 alasan lain. Since aku memotong kain ikut baju2 aku yang sedia ada, bila aku rasa kecik aku akan bagi basi kelim besar. Tapi in the end terbesar sangat.

Baju ni asal ada 2 poket tepi dan lebih kembang. Aku potong dan ngam2 je dengan saiz badan. Jangan badan makin melebar sudah.

Asal baju ni potong serong 45°. Pastu aku rasa bila pakai nampak gemuk sangat. Sebab tu tak upload sangat gambar bila pakai baju ni. Pakai pun baru 2 kali. Heheheh. Ok..orang baju XL tak boleh pakai baju potongan kembang ya. So lupakan babydoll pattern walaupun teringin sangat nak buat.

Kimono robe ni dah siap sebenarnya tapi cam besar sangat jadi aku potong lagi bagi kecil. Ni pakai dengan seluar lebar ke skinny lawa ek? Ok ni kain mertua belanja di Gulatis. Nangis nak potong kain lembik. Jahit double la jawabnya elakkan berbulu.

Maka gigihla aku memotong dan menjahit balik hari ni. Dah siap2 tu ada rasa gatal2 nak potong kain baru..adalah beberapa pasang. Tapi kepala aku dah takleh nak fokus...baik aku stop dulu dan buat keje2 lain seperti tulis blog. Hahaha. Kalau aku teruskan juga maka aku akan rosakkan kain.

Jadi ya aku ni moody sikit. So mak mertua yang suka bagi sokongan sedikit sebanyak aku dapat memahirkan diri untuk menjahit blouse2 dia ikut contohlah. Aku masih tak reti nak amik ukuran. Tu kena study lagi.

Jadi kalau siapa nak tempah baju dengan aku kena faham mood aku. Haha maaflah sebab kalau takde mood memang takde kasih sayang karang pakaian tu. Ingat masak je kena penuh kasih sayang?

Ni tempahan yang ke-6 oleh mak mertuaku..butang baju contoh ada 5 je kot. Aku bagi 9 supaya takla terbuka2 baju tu kan. Harap Mama sukalah...aku dengan dia ada perangai lebih kurang sikit sebab kongsi bulan harijadi..elok pulak bunga terletak je kat butang2...


2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.