Jumaat, 13 April 2018

Homestay Premium Taman Tropika

Kadang aku keliru dengan alamat rumah akak aku ni. KAJANG ke BANGI. Sebab ianya terletak dekat dengan stesen komuter UKM Bangi. Haha..

Hari Rabiyah nak dikahwinkan tu akak aku ni sewa 2 Homestay untuk kami adik beradik, anak sulung dia dan sedara mara yang nak datang tidur. Aku sekadar datang tumpang mandi dan solat serta rehat2 je bila waktu senggang. Sebab tetap nak balik rumah di BK. Bukan jauh sangat pun. Nak datang pun untuk berborak2 dengan adik beradik. Nak jumpa diorang ni mostly bila ada kenduri kendara camni lah.

Rumah ni disewa RM250 satu malam. Akak aku sewa 2 malam. Punyalah besar rumah ni terletak di corner lot. Guna autogate. Bilik ada 5 tapi satu ditutup. Bilik air pun banyak. Yang paling syok tentulah sebab ada aircond di setiap bilik kecuali bilik bawah. Ruang tamu ada je aircond. Syok la lepak2 lebih2 lagi musim panas. Walaupun ada juga hujan lebat malam tu. Kat ruang luar ada tempat lepak juga. Tapi takde pulak hati nak melepak kat luar.

Bilik bawah yang takde aircond. Tapi ada kipas siling dan kipas berdiri.

Aku lepak bilik ni lah. Ada banyak je sejadah dan kain telekung. Tapi aku tetap pakai sendiri punya telekung.

Ni tandas sebelah bilik. Bukan dalam bilik.

Walaupun ada heater tapi aku suka mandi air sejuk gak.

Meja makan besar. Tapi ada satu kerusi dah goyang.

Meja makan breakfast. Dapur sangat besar tau.

Bilik air sebelah dapur.

Tak masak apa pun sebab akak aku tempahkan makanan untuk kami makan dari jirannya.

Sukalah sinki ni sangat besar gitu.


Memang layan TV tak syok sangat baik pergi borak. Layan aircond bolehla.

Ada juga kerusi bar. 

Bilik2 tingkat atas aku tak ambil gambar pulak. Sebabnya dah diduduki kakak2 yang dah berkeluarga. Aku pun malas nak round2. Haha.

Overall siapa ada family besar nak datang tidur sini memang sesuai. Mesin basuh pun ada..siap disediakan sabun cuci.

Alamat? Tak ingat nombor berapa..tapi ni kat Jalan Tropika 5. Memang sederet rumah kakak aku. So kami lepas bungkus goodie bag tu kami jalan kaki je balik. Masa tu dah nak maghrib. Laki aku pulak belum balik kerja. Dia just drop aku kat rumah kakak je.

1 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.