Rabu, 21 September 2016

Nak Hantar Kain Pasang Untuk Buat Baju Di RackZone

Bertahun dah tak buat tempahan baju pada tailor. Tapi kali ni selamba hantar kain batik yang dibeli di Pasar Payang kepada tailor yang tak dikenali. Aku fikir sebab mudah je. Nak pergi senang.

Aku memang boleh jahit baju sendiri. Tapi bagi kain yang harga mengancam tu baik hantar pada yang pakar. Laki aku cakap janganlah jahit sendiri..bila aku kawin dengan dia tiba2 dia bagi aku kain sari India yang memang dia beli disana ketika bujang. Dia ni suka beli barang. Beli kain tu untuk isteri, tapi tak tahu siapa bakal isterinya. Pandang ke depan sangat2. Kemudian ada sepasang kain sutera Cina pun dibeli kat sana. Dia bagi mak dia, mak dia bagi aku pulak. Dah 10 tahun ke lebih dia simpan. Katanya, mama tak sesuai pakai kau ambillah.

So sekarang aku ingat nak hantar kain2 ni sebab aku puas hati dengan jahitan kain batik yang aku hantar. Tempahan RM65 untuk baju kurung moden. Tapi sebab batik tambah RM10. Ingat nak bergaya Raya Haji lepas tapi takpelah...aku tunggu siapa punya kenduri seterusnya baru aku pakai.




Bilalah nak pandai jahit zip sorok. Puas aku tengok kat youtube.

Sukalah jahitan sembat dia
Kalau mahu serius aku nak ke kelas menjahit. Sekarang aku menjahit suka2 je.

Ok RackZone ni di Komples Diamond, Bandar Baru Bangi. Berdekatan dengan Tabung Haji. Sila masuk belakang lot2 kedai area Warta. Sekarang dah Kompleks apa tah..

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. Setakat baju kurung lepas tapi kain kena kain cotton atau yang mudah digunting.

      Padam
  2. mcm drama pulak beli kain sari tapi tak tahu utk sape
    hahha..
    tukang jahit baju tu kemas jahitan ye,harga pun ok tak mahal sgt cecah ratus2

    BalasPadam
  3. ni kain sutera kan?? klo kain sutera mmg mhl skit hrga upah drp kain biasa.. nmpk corak mcm bju sutera..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah kain batik lukis, hehe.. pandai awak meneka.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.