Ahad, 19 Mei 2019

TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019

Lepas balik dari rumah nak jalan2 tengok lampu. Haha. Ni memang perkara biasa bila weekend bagi kami. Tiba2 laki ajak pergi Bukit Jalil pulak sebab ada bazar katanya.

Jadi kami sampai dah jam 10.30 malam. Tutup jam 12 malam. So sempatlah kot round2.

Masuk parking pun berpusing2 juga sebab nak paling dekat kalau boleh. Tahu jelah KLSC tu besar mana.


So kami pun terus je menuju dalam khemah paling besar tu. Sejak Aqeel pakai stroller ni senang sikit hidup kami. Tak mampu dah nak letak dia dalam carrier bag. Berat. Haha. Dia pun enjoy boleh tengok2 tak macam duduk dalam carrier sit tu muka dia ada kelat dan marah sikit sebab asyik kena hadap muka mak bapak je kan. Stroller pandang ke depan..

Tak ramai pengunjung! Maybe sebab cuti panjang kan..wesak dan nuzul Quran jadi ramai yang keluar dari KL. Bagus gak jalan2 takla langgar bontot ke. Aku punya mata eyeing booth L'Oréal je.

So takdela nak beli apa walaupun memang banyak barang...tapi memang lengang lah. Sian pulak aku kat peniaga2 ni. Sampai satu kedai jual kuih muih raya sekali dia cakap Kesum..Kesum..oh rupanya owner restoran Kesum tu buka booth jugak. Laki aku beli kacang goreng salut tepung tu sedap gila. Makan macam tak boleh henti. Owner Kesum cam muka laki sebab dah jadi pelanggan tetap kan. Haha..well lauk pauk dia macam masakan rumah ok. Sedap dan murah. Contoh kari kambing sebungkus RM6 je dia jual. P bazar depan Masjid Kinrara tu terus kena RM10. Orang lain la punya..huehue tu yang aku minta laki beli kat Kesum je kalau ada hari aku tak masak. Dijamin bersih dan sedap.

Pastu aku sangkut beli minyak wangi. Sebotol RM10. Ni untuk purse je. Sekali fake punya daa..tapi tak peduli sangat takat nak hilangkan bau lepas makan kat restoran ke kan. Hahaha. Tapi aku ajak laki beli sekali...so beli 5 Percuma 1 la..hahaha..


Keluar dari khemah besar nak p L'Oréal la. Sekali ada orang mintak kami masuk satu khemah ni..free katanya tapi kena register nama. Maybe dia nak count berapa ramai orang masuk. Ok free kami masuk. Bayar2 ni malas...kedek...hahaha..


Disebabkan ingat nak buka puasa je maka aku pakai selipar jelah. Hahaha.

Rupanya nilah yang paling best. Ada macam2 interactive wall. Boleh sentuh, melukis dan menulis. Wahhhh...lama jugak kami sangkut kat sini. Again sebab Aqeel so behave la...

Aqlan melukis muka orang



Ada je nama kami tapi buat video je. Tak pulak ambik gambar. Ada panel untuk tulis nama. Bila send dia akan keluar la ke skrin macam tu.

Kena cari imej tertentu bila tepuk dia akan bagi sesuatu macam duit raya ke, ketupat ke...tapi dalam skrin je..bukan betul2 ok. Hahaha.

Yang ni ada mic je mulalah nak nyanyi. Tapi memang kena nyanyi atau cakap kuat2 barulah keluar sesuatu kat skrin tu.

Tak memasal ada sesi kaler kaler

Dah siap kaler bagi kat staf dia akan masukkan dalam satu alat ni..so akan terkeluar la hasil kaler2 tu kat skrin. Aku agak dia terbalik scan kereta kami.

Kagum la yang ni..


Kampung mana ada pokok sakura ni wei..

Muka2 happy tapi Aqeel stone je.

Kemudian bila keluar tu pintunya dah termasuk balik ke dalam khemah besar yang kami keluar first tadi. Hahahaa...

Aku tetap nak ke L'Oréal. Apa lagi terus menuju la..so memang sangkut la beli..eh eh ada makeup by GiGi Hadid. So nak cubalah. Beli lipstick matte je pun. Yang lain tak payah sebab aku memang jarang mekap. Pastu laki aku sangkut beli shampoo botanical. Aku pun sibuk beli hair mist. Nak beli serum macam takpelah...hahaha..tapi memang murah weii...depa macam bagi diskaun 70%. Gila katak kan. Sebab pencuci muka pun nak habis aku pun beli gak satu untuk hydration. La ni umur dah camni semua kena yang melembabkan kulit jer...maaflah Safi, lain kali je kita beli awak...kita tak kuat kalau diskaun2 ni. Kita ingat nak cuba yang series derma Safi tu sebab terpengaruh gak tengok kat IG dan blog kawan2 yang buat review..but now dah beli L'Oréal. Hahaha..

Semuanya RM52 sahaja ya...sangat2 murah

Settled semua kami pun balik. Lalalala je happy takde orang. Kalau ramai orang susah gak nak control kan si Aqlan tu.









0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.