14 Ramadhan
Buka puasa rumah adik. Dia belikan ayam roasted. Makn dengnasi dan kuah lemak cili padi. Ada popiah dan mertabak. Air sarsi gas la...haha
13 Ramadhan
Masak sup tulang untuk berbuka puasa dengan mak. Limau naval juga..ada air jagung abang lut belikan.
12 Ramadhan
Makin rasa sendu nak masak apa kan? Suami masak sup bebola campur2 la..aku masak daging masak kicap..black pepper. Guna daging Australia. Sedap weh. Selalu beli yang ada diskaun 50% tu. Kalau tak memang mahal harga daging ni.
11 Ramadhan
Sebab bawak Aqeel ke KKM jadi macam malas nak masak. Boleh la kan gantung periuk kuali hari ni. So buka makan laksa dan sushi. Sushi kecil2 tu je beli kat AEON.
10 Ramadhan
Laki masih sakit tekak tak lalu makan. Dia nak makan sardin. Ok kita masak jelah..
9 Ramadhan
Laki demam. Masak bubur nasi. Lauk dia macam2..ada ikan bilis. Terung berlada.
8 Ramadhan
Ayam masak kari nyonya. Tapi versi kering sikit sebab mula2 nak masak black pepper. Pastu nak masak rendanglah...pastu eh masak kari ayam nyonya. Nasib boleh telan makan. Hahaha.. jadikla pula dah laki tanya ingat tak resipi sebab aku macam dah pakai hentam je masak kali ni.
Isnin, 20 Mei 2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.