Rabu, 20 September 2017

Tasik Biru Di Kampung Seberang Tayor, Chukai, Kemaman

Ohh sejak tengok orang bergambar di Tasik Biru ni, aku pun teringinlah nak pergi. Dah alang2 duduk di Kemaman baik pergi..sebab dekat sangat dah.


Ramai orang sesat atau salah jalan ke tasik ni. Actually tasik ni ialah bekas lombong. Hasil pembacaan aku dikatakan air tasik lombong bertukar biru (setelah ditinggalkan) adalah akibat dari kalsium karbonat. Terdapat banyak partikel2 kecil, silt atau kelodak yang berkumpul dibawah dasar tasik dan menyebabkan cahaya merah tidak dapat atau kurang menembusi air tasik. Itu menyebabkan tasik bertukar biru. Bagaimanapun kita adalah dilarang untuk mandi atau menyentuh air itu yang mempunyai kadar asid yang tinggi.

Ok habis kelas geografi. Balik pada cara kami cari tasik ni.

Ya kami sesat juga masuk ke Kampung Seberang Tayor. Ikut waze kami sampai ke kedai runcit. Dah alang2 tu berhenti beli air dan tanya owner kedai. Terus dia senyum dah ramai sesat ke tasik biru. Tu bukan tasik sebenarnya bekas lombong. Jadi dia pun lukis peta untuk aku. Hahahaha...

Kami keluar balik dari kampung terus ke kanan jalan besar dan terus masuk kiri. Ada zink2 biru keliling tanah tinggi. Laki aku panjat dulu dan terus gembira.. inilah tasiknya. Serius dari jalan ko ingat lombong tinggal. Kema panjat sikit. So kami berdua je panjat. Aqlan tidur dan mak tunggu dalam kereta. Nak panjat tu pakai kasut flat jangan gegatal nak pakai heels ke atau takde bunga. Ko meluncur jatuh keluar tasik takpe..masuk tasik maybe ko tinggal rangka. Eh? Kadar asid ialah 2.4 ya.












Selasa, 19 September 2017

,

Kami Duduk Di Homestay Paya Berenjut, Kemaman

Nama kampung ni Paya Berenjut. Mula2 sampai masuk je dah gelak2 baca nama kampung. Maaflah..sama juga bila korang masuk kampung atau tempat atau jalan2 yang namanya pelik2 mesti gelak2. Tapi homestay yang kami duduk ni di Taman Banggol Permai. Tempat ni dekat je dengan kawasan pantai2. Tapi memang kena drive la ye.










Overall pasal rumah ni.


  • 3 bilik tidur, 1 bilik master katil queen dengan en suite (bilik air), 1 bilik lagi dengan katil queen juga dan 1 bilik dengan katil bujang tapi ada katil drawer dibawah.
  • Aircond hanya di bilik master.
  • 1 bilik air lagi diantara luar bilik kedua dan meja makan.
  • Rumah fully renovated. Memang cantik tapi sebab takde aircond di luar bilik master sangat panas.
  • Kipas bila buka nombor 2 ke atas bising (kat bilik master dan kedua)
  • Takde microwave.
  • Boleh masak semua peralatan dan bahan ada. Seperti beras.
  • Rumah ni deko ala2 model Ikea. Dan barang2 banyak dari Ikea.
  • Dalam bilik air master ada sanitizer Dettol. Wah ni tak pernah jumpa di rumah2 lain.
  • Astro Njoy je.
  • Rumah bersih dan warna2 cat sesuai.
  • Pintu gril pagar rumah payah sikit nak engsel sebab macam dah jatuh. Aku failed kat sini. So laki je mampu angkat gril dan lock.


Kami suka je rumah ni. Nilah rumah paling bersih dan cantik kami pernah duduk (homestay) setakat ni. Cuma panas lit2 hari Sabtu dan Ahad (16-17 Sept 2017) tu buat kami tak tahan. Malam Isnin hujan lebat jadi rumah sejuk sikit.

Sewa semalam RM150. Kami amik 2 malam kena RM358. Sebab kami book thru airbnb jadi ada kos kat situ. Bezanya boleh guna kredit kad la. Kalau direct lagi untung. Tapi kami masa tu dah terdesak. So hadam jelah harga kos airbnb tu..

Isnin, 18 September 2017

,

Feel Good At Lila Wadi, Telok Sisek, Kuantan

Hari Isnin kami masuk bandar Kuantan. Hajat nak makan mango cheese cake Kulacakes. Lupa pulak Isnin dia tutup. Laki usaha nak carikan kedai cheese cake. Jadi dia ajak ke Lila Wadi.



Lila Wadi ni dalam waze mention closed on Monday. Okayy semua kafe hipster tutup Isnin ke..cer tutup Jumaat kan...lebih berkat. Tapi kami pergi jugak. Sampai jam 4.30 petang. Nampak pekerja2 sedang lap2 meja. Kami pun terus je pergi tanya. Sebelum tu baca signboard dah open at 5pm. Lagi satu mention closed every alternate Mondays.

So nak tunggu jam 5 kami jalan2 ke Telok Cempedak. Tak best sangat sebab kena park dan jalan jauh. Jadi pusing lagi sampai ke zoo Teruntum. Free je masuk. Yang keluar tengok arnab laki dan dan Aqlan. Sebab aku dah lapar gila takde tenaga dah nak jalan. Hehe. Aqlan dah makan nugget McD siap2. Aku rasa satu je...



Lagi 5 minit nak jam 5 kami pergi semula ke Lila Wadi tu. So okaylah jadi pelanggan pertama. Jadi harap semua cepat kan..

Dapat pilih meja paling hujung mengadap jalan rumah rehat dan jalanraya. So angin sepoi2 bahasa nyaman je...

 






Tulah rumah rehat Kuantan


Serius kalau ada hammock aku naik dan tidur terus. Bayu angin dia...ya Allah seronok sangat...lembut sepoi2...

Oreo Cheese Cake. Aqlan suka sangat.

Durian cheese cake. Nak rasa durian kan dapatlah. Dan dan lupakan mango cheese cake. 

Pandan cooler




New York Burger. Laki cakap sedap.

Mushroom goreng sebagai appetizer.

Nasi goreng kambing. Sedap.

Repeat gambar means boleh repeat order lain kali.

Feeling Layan Bayu Laut Terengganu Dan Pahang

Jalan2 di Terengganu ni best layan pantai2nya. Bukan nak mandi sangat pun. Lebih kepada nak lihat kebesaran Allah. Betapa luas lautan tu..sehingga Allah mengatakan jika diambil 7 air lautan sekali pun takkan cukup untuk menulis ilmuNya. Ia umpama setitis je.

Pantai Kemasek yang kami pergi berdekatan dengan rumah kak Ma di Kerteh. Seronok datang sini ada buaian kayu. Siap tunggu turn nak naik ok. Lepas dah naik, jalan ke depan sikit duduk atas log kayu yang terdampar. Oh masa ni bayu laut sangat nyaman. Boleh tidur. Di sini telah dipasang tanda larangan untuk mandi.



















Sebelum tu kami ada pergi pantai Mak Nik yang dekat dengan homestay kami di Kemaman. Tapi kami hanya pergi untuk menyewa buggy ATV. 3x pusing saiz dewasa RM10. Kalau saiz kanak2 RM5. Okaylah untuk bagi kegembiraan kat anak. Aku teringin nak naik tapi pakai seluar putih tak sanggup lak..hehe.









Di Kuantan, Pahang pulak kami ke pantai Batu Hitam. Memang hitam batu2 pantai ni. Pun senang je parking dan terus tengok laut. Bayu laut pun sejuk walaupun masa tu jam 1.30 petang. Tengah2 duduk jatuh buah kelapa. Terus bangun cari bangku bukan bawah pokok kelapa. Naya je kalau timpa kepala.