Wednesday, September 20, 2017

Tasik Biru Di Kampung Seberang Tayor, Chukai, Kemaman

Ohh sejak tengok orang bergambar di Tasik Biru ni, aku pun teringinlah nak pergi. Dah alang2 duduk di Kemaman baik pergi..sebab dekat sangat dah.


Ramai orang sesat atau salah jalan ke tasik ni. Actually tasik ni ialah bekas lombong. Hasil pembacaan aku dikatakan air tasik lombong bertukar biru (setelah ditinggalkan) adalah akibat dari kalsium karbonat. Terdapat banyak partikel2 kecil, silt atau kelodak yang berkumpul dibawah dasar tasik dan menyebabkan cahaya merah tidak dapat atau kurang menembusi air tasik. Itu menyebabkan tasik bertukar biru. Bagaimanapun kita adalah dilarang untuk mandi atau menyentuh air itu yang mempunyai kadar asid yang tinggi.

Ok habis kelas geografi. Balik pada cara kami cari tasik ni.

Ya kami sesat juga masuk ke Kampung Seberang Tayor. Ikut waze kami sampai ke kedai runcit. Dah alang2 tu berhenti beli air dan tanya owner kedai. Terus dia senyum dah ramai sesat ke tasik biru. Tu bukan tasik sebenarnya bekas lombong. Jadi dia pun lukis peta untuk aku. Hahahaha...

Kami keluar balik dari kampung terus ke kanan jalan besar dan terus masuk kiri. Ada zink2 biru keliling tanah tinggi. Laki aku panjat dulu dan terus gembira.. inilah tasiknya. Serius dari jalan ko ingat lombong tinggal. Kema panjat sikit. So kami berdua je panjat. Aqlan tidur dan mak tunggu dalam kereta. Nak panjat tu pakai kasut flat jangan gegatal nak pakai heels ke atau takde bunga. Ko meluncur jatuh keluar tasik takpe..masuk tasik maybe ko tinggal rangka. Eh? Kadar asid ialah 2.4 ya.












Anis Azalea

Author & Editor

Ramai kenalan tapi seorang introvert. Bukan suka menyendiri tapi suka diberi ruang peribadi.

2 coment�rios:

  1. gagah pakai sluar putih.. tingat zaman era hujung umur 20-an.. masuk 35 above... try2 sarung, 2-3min tak konpiden salin jeans balik. hahhahahaha. makin kertu, makin rasa tak secure pakai sluar cerah2... adeihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kurus pakai..zaman perasan kurus pakai balik sebab jumpa saiz. Hahaha.

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

 
biz.