Isnin, 18 September 2017

Feeling Layan Bayu Laut Terengganu Dan Pahang

Jalan2 di Terengganu ni best layan pantai2nya. Bukan nak mandi sangat pun. Lebih kepada nak lihat kebesaran Allah. Betapa luas lautan tu..sehingga Allah mengatakan jika diambil 7 air lautan sekali pun takkan cukup untuk menulis ilmuNya. Ia umpama setitis je.

Pantai Kemasek yang kami pergi berdekatan dengan rumah kak Ma di Kerteh. Seronok datang sini ada buaian kayu. Siap tunggu turn nak naik ok. Lepas dah naik, jalan ke depan sikit duduk atas log kayu yang terdampar. Oh masa ni bayu laut sangat nyaman. Boleh tidur. Di sini telah dipasang tanda larangan untuk mandi.



















Sebelum tu kami ada pergi pantai Mak Nik yang dekat dengan homestay kami di Kemaman. Tapi kami hanya pergi untuk menyewa buggy ATV. 3x pusing saiz dewasa RM10. Kalau saiz kanak2 RM5. Okaylah untuk bagi kegembiraan kat anak. Aku teringin nak naik tapi pakai seluar putih tak sanggup lak..hehe.









Di Kuantan, Pahang pulak kami ke pantai Batu Hitam. Memang hitam batu2 pantai ni. Pun senang je parking dan terus tengok laut. Bayu laut pun sejuk walaupun masa tu jam 1.30 petang. Tengah2 duduk jatuh buah kelapa. Terus bangun cari bangku bukan bawah pokok kelapa. Naya je kalau timpa kepala.









0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.