Selasa, 19 September 2017

,

Kami Duduk Di Homestay Paya Berenjut, Kemaman

Nama kampung ni Paya Berenjut. Mula2 sampai masuk je dah gelak2 baca nama kampung. Maaflah..sama juga bila korang masuk kampung atau tempat atau jalan2 yang namanya pelik2 mesti gelak2. Tapi homestay yang kami duduk ni di Taman Banggol Permai. Tempat ni dekat je dengan kawasan pantai2. Tapi memang kena drive la ye.










Overall pasal rumah ni.


  • 3 bilik tidur, 1 bilik master katil queen dengan en suite (bilik air), 1 bilik lagi dengan katil queen juga dan 1 bilik dengan katil bujang tapi ada katil drawer dibawah.
  • Aircond hanya di bilik master.
  • 1 bilik air lagi diantara luar bilik kedua dan meja makan.
  • Rumah fully renovated. Memang cantik tapi sebab takde aircond di luar bilik master sangat panas.
  • Kipas bila buka nombor 2 ke atas bising (kat bilik master dan kedua)
  • Takde microwave.
  • Boleh masak semua peralatan dan bahan ada. Seperti beras.
  • Rumah ni deko ala2 model Ikea. Dan barang2 banyak dari Ikea.
  • Dalam bilik air master ada sanitizer Dettol. Wah ni tak pernah jumpa di rumah2 lain.
  • Astro Njoy je.
  • Rumah bersih dan warna2 cat sesuai.
  • Pintu gril pagar rumah payah sikit nak engsel sebab macam dah jatuh. Aku failed kat sini. So laki je mampu angkat gril dan lock.


Kami suka je rumah ni. Nilah rumah paling bersih dan cantik kami pernah duduk (homestay) setakat ni. Cuma panas lit2 hari Sabtu dan Ahad (16-17 Sept 2017) tu buat kami tak tahan. Malam Isnin hujan lebat jadi rumah sejuk sikit.

Sewa semalam RM150. Kami amik 2 malam kena RM358. Sebab kami book thru airbnb jadi ada kos kat situ. Bezanya boleh guna kredit kad la. Kalau direct lagi untung. Tapi kami masa tu dah terdesak. So hadam jelah harga kos airbnb tu..

4 ulasan:

  1. Cantik rumahnya.
    Taklah berenjut2 macam duduk kat paya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..yelah nama pelik2 tapi kampung ni ok je aman damai..senyap sunyi..tidur nyenyakla..

      Padam
  2. faktor panas dan keselesaan tu lah yg buat kami kalau booked homestay MESTI smua bilik nak ada aircond, termasuk living room skali.. kalau boleh dining hall skali.hahhaa. sbb slalu mesyuarat sembang2 kat meja makan. cemana nak nyembang weii kalau peluh tiktik menetek? hahaha. tak pa bayaq mahai sket, janji smua puas hati tido lena. if not takut smua tarik tilam masuk masterbed room.. haruuu hahhaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha nak buat camna..dah tak dan..rumah2 sebelum ni elok je ada aircond semua. Nasib mak kita tak kisah tak ada aircond..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.