Isnin, 21 Julai 2008

aku pernah...

aku pernah
tinggalkan solat sebab aku nak tgk citer kat wayang sampai habis
meskipun aku tahu kalau masuk jam 4:30pm mesti aku kantoi asar,
tp dgn magrib sekali aku hilang..
aku hilang imanku kerana mengikut teman lelaki ku yang aku fikir aku bahagia disampingnya, yang sebenarnya aku hanya seronok tapi menderita imanku.
aku pernah
tinggalkan solat kerana aku sibuk nak dengar cerita kawan2 ku mengumpat dan mengata, bergosip di kedai mamak pada waktu magrib, meskipun surau tak jauh dari kedai tu.
aku pernah
tinggalkan solat sebab terperangkap dalam jem bersama kawan baikku
yang sebenarnya kami boleh berhenti di mana2 masjid/surau untuk solat
inikan Kuala Lumpur..banyak tempat ibadah tapi tak ramai yang mengimmarahkannya.
aku pernah
tinggalkan solat pada bulan puasa
padahal time tu selepas aku berbuka puasa dengan teman lelakiku kami boleh ke masjid
tapi sebab dia nak hantarku pulang, aku ikut sahaja kemahuannya asalkan aku bersamanya
dan aku biarkan imanku menipis lagi.
selepas aku pulang ke rumah
aku ganti solat macam biasa, tiada taubat nasuha disusuli
pernah aku taubat nasuha, kemudian aku lakukan lagi
sampai bila aku nak jadi begini
aku bukan orang yang dibesarkan begini
aku dihantar ke madrasah sejak kecil
aku belajar solat sejak kecil
aku tak pernah tinggalkan solat
walau sesusah mana aku nak dapatkan air wudhuk
ke rumah jiran aku meminta
atau ke kolam nun jauh didalam hutan
akan ku bawa pulang sebaldi air untuk kegunaan solat seterusnya
maka kenapa aku mesti mengikuti tren2 ini
yang solat hanya pada waktu susah
yang solat ketika di rumah
bukan ketika keluar membeli belah
bukan ketika keluar mencari rezeki
atau ketika berziarah/dalam perjalanan ke hujung2 negeri
Astagfirullah!
mohon ampunku padaMu Ya Allah

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.