Ahad, 26 Julai 2009

My Little Brother Learning How To Drive Safely


It was my Tuesday - hari untuk menonton rancangan televisyen. Selepas memasak bubur nasi - nak test power la sebelum bagi kawan2 makan - ada satu gerakan di kaca televisyen. Well selalunya kalau ada panggilan/msg masuk, tv kecilku akan membuat satu wavelength lepastu jadi 2 or 3..tapi entah kenapa aku tak peduli. Mungkin handphone org lain yg tgh on call.

Selepas jam 11 mlm barula aku nak belek handphone tu tgk ade mesej dr adikku.
"me eksiden, telefon kema, dekat Hospital Serting Jempol."

ringkas tp cukup buat aku terkejut. Aku pun menelefon kema berkali2 tp tak dijawab. Kemudian aku telefon adikku pun tak dijawab. Akhirnya setelah aku hampir masuk tidur br aku dpt buat panggilan ke telefon kema. Kema berusaha menjawab dlm keadaan kelam kabut hendak menghantar aina ke Hospital Kuala Pilah. Anak saudaraku aina, patah paha kanan selepas terbabit dlm kemalangan di Serting. 5km lagi ke rumah wannya. Kema baru keguguran jadi yome becadang menghantarnya ke kampung untuk pantang selepas keguguran.

Aku terkedu tengah fikir nak kol mak dan adik beradikku yg lain. Jam hampir 12 mlm tp aku tetap kuatkan semangat untuk menelefon emak di Koyan. Aku fikir emak sudah tidur waktu ni, tapi maybe mak tengah tengok midnight movie..jadi aku try2 jelah...

Akhirnya panggilanku diangkat. Aku mintak mak bersabar byk2..lalu aku sampaikan berita sedih tentang adikku sekeluarga ditimpa kemalangan. Keretanya melanggar kereta dilorong sebelah semasa hendak memotong kereta hadapan yg sudahpun masuk separuh kesimpang sebelah kiri.

Pagi Rabu, 24 jun 2009 - esoknya hari jadi adikku yang ke-27, aku menunggu emak, abg lut adan kak aya dr Koyan untuk menjemputku ke Kuala Pilah. Kami sampai ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah pada jam 1230 tengahari. Hanya kema dan aina di wad2 katil no18.
aina yang patah kaki kanan

Kema tak dpat bercerita lebih jelas kerana dia tergamam, dan rengekan aina akibat kakinya yang patah telah disimen agak mengganggu perbualan kami.aina sudahpun boleh berjalan, dan aku dgn emak baru bercadang hendak melawat keluarga adikku bulan julai depan. Sekarang aina terpaksa berbaring sahaja. Memang kasihan si kecil aina.

aina merengek nak bapak dia dukung jee...


Setelah tamat tempoh melawat jam 2ptg, kami keluar untuk bersolat dan makan. Kemudian dtg balik sblm waktu lawatan seterusnya jam 430 ptg. Aku tertidur sekejap sebab terlalu mengantuk.

Jam 430pm pintu gate dibuka utk lawatan.aku dpt info kanak2 bwh 12 thn dilarang masuk kerana kes h1n1 sudah ada tiga di hospital berkenaan. Alhamdulillah aina tak demam..

Aku kemudian berjumpa adikku dan dia telah membuat demonstrasi bagaimana kemalangan itu berlaku. Adikku patah gigi geraham, lutut kanan berlubang dan dijahit - katanya dia boleh nampak tulang lutut...errr tak sanggup dengar..aina dlm pangkuan kema di kerusi sebelah. Akibat hentaman, aina terhantuk kaki di dashboard, sebab itu kakinya patah. Kema pula lebam2 je.

Kereta yg dilanggar adikku dipandu org asli seramai 5 penumpang ada. Seorang cedera parah dikejarkan ke Hospital Seremban, seorg pengsan. Peliknya sehingga adikku membuat laporan, mereka masih tidak dtg membuat laporan.



Kasihan adikku, keretanya hancur didepan, kereta yg mengelak masuk ke longkang kering. Kata org tempat tu mmg selalu berlaku kemalangan. Adikku fikir yg didepannya motor sebab ada satu lampu menyala, rupanya kereta. Bagusnya kereta tu dpt elak kerata adik dan terus chow cepat sementara kereta dibelakang tak sempat elak lalu dilanggar adikku sebelum terjunam dlm longkang.mujur aje adik kata dia bw dlm 70km sejam, tapi dah nak jadi agaknya. Aku harap dia selepas ini lebih berhati2. Kesiannya mereka takde kereta lagi. Kereta tu pulak lg setahun je baru habis byr. Katanya layak dibuat skrap atau potong bahagian enjin sahaja. Mungkin dpt dijual dlm rm10k sahaja.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.