Ahad, 2 Ogos 2009

Jonker Street, Malacca

Date: 1-3 August 2009
Stay: Lendu

After 5 weeks adik sekeluarga eksiden, aku dan mak bercadang nak lawat dia. Kami bertolak dari ampang jam 1040am dan sepanjang perjalanan yg mendung dan hujan renyai2 ada 3 eksiden berlaku.

Tiba di Melaka jam 1240, terus ke Lendu dan makan tengahari. Nikmat hidup nyer. Kema masak nasi ayam yang sedap. Erm aku pun tak pernah nak try masak.

Sebab dah penat, macam biasa aku tidur je sampai petang. Yang bestnya yang lain ikut sekali tidur..yeahhh

Malam selepas magrib kami tuju ke Mydin di MITC. Besar giler…paling besar kat Malaysia kot. Aku beli jugak sikit2..hehe tak boleh tahan. Lepastu kami menuju ke Perkampungan ikan bakar terbakar di Umbai..tukang belanja, Yome..dia baru pass exam MCPA modul E dengan sekali amik jek..14 calon lulus 100%. Hebat!

Kami makan udang goreng tepung, ketam masak goreng sambal, ikan siakap masak 3 rasa, pari bakar, kalian ikan masin dan nasi putih..of cozla, aku makan sepinggan kongsi dgn mak. Tanak gemuk konon.

ape lagi..meh makan sampai licin...

Erm, servis lambat, nak kata ramai orang takdelah crowded, yelah tempat baru berbanding kawasan ikan bakar umbai lama. Bezanya yang ni terapung sikit. Tp Alhamdulillah makanan sedap.

Balik sempat shopping sikit kat kedai craft. Carik fridge magnet – haha terikut hobi Mimi, cuma aku belasah je ape2 jenis magnet..Mimi spesifik kepada Negara, negeri..

Ahad pagi rempit jap dengan yome ke pasar Lendu beli breakfast. Hm..yome pecut sampai 110km..giler la motor Honda neh.

Petang jam 1530pm merempit ke Jonker Street aka Jalan Hang Jebat. Beli sikit2 souvenir d an paling penting pedang kayu aku yg Cuma berharga RM10. tak boleh tahan…..



Malam kami makan di KFC, mak belanja. Aku belanja duit minyak jelah hehe..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.